Setiap hari adalah hari bersekolah. Sekolah kehidupan. Setiap hari kita belajar sesuatu. Sepatutnya. Tapi selalu jugak hari-hari berlalu begitu sahaja tanpa kita belajar sesuatu.
Menghampiri usia 26 tahun, buat saya realize sesuatu. Bukan sesuatu actually, tapi banyak. Sangat.
Soal hidup.
Menjadi dewasa itu ternyata tidak mudah; without pertolongan Allah. Kita takde apa-apa, kita bukan siapa-siapa pun kat dunia ni.
Sampai satu tahap, kita akan sedar di mana kita berada. Apa yang ada di sekeliling kita. Apa yang kita ada, apa yang kita masih belum ada. Di mana taraf kita. Dengan siapa kita berkawan. Apa yang kita nak kejar, apa yang kita nak capai? Segalanya berubah. Takkan kembali seperti dulu. Kadang-kadang takut. Apa yag ada kat depan sana? Tapi hidup mesti terus.
Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Hidup & matiku hanya kerana-Mu..
No comments:
Post a Comment