Sebenarnya, kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mustahil. Kebahagiaan tidak tergantung di langit yang tinggi atau terpendam di tanah yang dalam, namun ia ada di hadapan orang-orang yang boleh hidup selesa dan aman.
Ada orang bertanya, dari mana kebahagiaan itu datang? Bagaimana kebahagiaan itu ada? Apakah asas-asas kebahagiaan? Semua pertanyaan itu muncul pada siapa saja yang mencari kebahagiaan untuk dirinya dan keluarganya.
Jawapannya ada pada Islam. Menurut ajaran Islam, mewujudkan kebahagiaan adalah perkara yang mudah.
Antara asas-asas kebahagiaan adalah:
Pertama: Perasaan Cinta
Hammad bin Rawiyah pernah ditanya mengenai cinta maka dia menjawab, "Cinta adalah sebatang pohon dengan fikiran sebagai akarnya, ingatan sebagai pangkal, susah tidur sebagai cabang, penderitaan sebagai daunnya dan kematian sebagai buahnya."
Imam Ibnu Hazm mentakrifkan cinta, "Cinta diawali dengan gurauan dan diakhiri oleh keseriusan. Maknanya sangat dalam sehingga tidak mampu digambarkan. Oleh sebab itu, hakikatnya tidak dapat difahami kecuali dengan penderitaan, namun bukan dengan mengingkari ajaran agama dan syariat, kerana hati berada dalam pengawasan Allah SWT."
Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah mengatakan, "Cinta seorang lelaki terhadap seorang wanita tidak perlu dicela, bahkan itu merupakan kesempurnaanya. Allah telah menganugerahkan cinta kepada hamba-hamba-Nya, kerana itu Allah SWT berfirman,"
Petikan daripada: Perkahwinan & Rumahtangga Syurga yang Disegerakan | Terjemahan Buku al-Zawaj wal-Alaqat al-Jinsiah fil-Islam | 'Adil Abdul Mun'im Abu Al-'Abbas | Diterjemah oleh Dr. Zubaidi W. Haji Rahmat | inteampublishing

No comments:
Post a Comment