Bila tengok balik planner, agak busy sepanjang November. Most weekend terisi. Alhamdulillah sebahagian besar perancangan yang tertulis kat planner dapat dilaksanakan :)
4/11 - Interactive Dakwah Training: Ilmu Perbandingan Agama @Masjid Sultan Mizan UiTM [Thanks to Shahidil Amin a.k.a Iman sebab ajak. Rasa rugi tak join from first day. Apepun, Alhamdulillah..]
8/11 - Klinik Kaunseling PEERs @DKC Menara S&T UiTM
10/11 - Kursus Asas Fasilitator PEERs @Lembah Lenggong, Perak [First time try flying fox gaya superman, gila cuak..tapi best..!!! Nak lagi, nak lagi!]
14/11 - Forum Perdana Khas Sempena Awal Muharram @Masjid Negeri [Tak dapat stay sampai habis sebab berkejar ke ke kelas Advanced Software Engineering. Tapi apepun, Alhamdulillah.. masuk tahun baru 1434H dengan semangat baru yang sangat bermakna!]
15/11 - Jumpa Izzah Inani dengan baby Umar Rifqi! @Restoran Hakim Seksyen 7 [Last jumpa masa Izzah kemas-kemas nak pindah before nikah. Tup-tup baby dah keluar! Rezeki masing-masing..]
17/11 - Attend wedding Idham @Kem Wardieburn, Setapak, KL. Pergi berdua je ngan Mr. F! Rasa serba tak kena tapi buat-buat relax je..haha. Balik wedding terus ke Masjid Negeri ada Forum Perdana Ehwal Islam: Anugerah Al-Quran untuk Kedamaian, Kecerdikan & Murah Rezeki, moderator IM Azhar, panelist Ust. Kazim Elias & Ust. Sharhan Syafie
18/11 - Drive ke KLCC teman Ida amik award NewImage. [Macam tak percaya boleh drive sampai KLCC! Benar-benar menguji kecekalan & keberanian.]
20/11 - Sebelah pagi pegi buat passport @Imigresen PKNS Shah Alam. Sebelah petang pegi appointment ngan dokter; follow-up check-up kes masa lepas raya puasa @Gynae Clinic PPUM. [Sekali kena consult ngan dokter lelaki, Dr. Syadidi, hensem, nampak muda lagi, terus speechless sampai lupa nak mintak MC! Sabo je la..] Balik dari PPUM terus pecut ke Cheras lepak kat rumah Ira, bantai makan rambutan, Ira buat lempeng ngan sambal tumis :)
22/11 - Hari mengular bersama Kak Ed - pegi tengok Twilight: Breaking Dawn Part II pukul 11.30am @Alamanda. Keluar wayang kantoi ngan geng BAs..haha. Alah, diorang pun mengular sama pegi main bowling! Keluar opis pukul 10.00 malam, ganti balik beberapa jam yang mengular tu..
24/11 - JPJ Revamp trip to Universal Studios Singapore. [Memang all out habis layan roller coaster Human & Cylon, 4D Shrek, Transformers, etc.]
25/11 - JPJ Revamp trip to Legoland. [Tak puas jalan, dah penat, kaki sakit..plan nak bawak family pulak pasni, insyaAllah..perlu menabung dengan bijak dari sekarang!]






idham? idham yg awak cerita kat matrik dulu tu ke?
ReplyDeletedah kawen ye dia...
Yes Farah, 'that' Idham :) Jodoh dia dah sampai..dia nampak macam terkejut bila nampak orang kat wedding tu. Maybe tak expect kot orang akan datang..hehe
ReplyDelete