Kalau takut terlepas..jangan teragak-agak untuk berterus terang. Explain, luahkan, ceritakan.
Hidup cuma sekali. Sekali terlepas, entah bila berpeluang lagi..
Pernah dengar/baca cerita pasal cikgu suruh anak muridnya cari rumput paling cantik kat satu padang rumput yang luas? Syaratnya bila dah jumpa yang berkenan di hati, terus jalan ke depan, tak boleh amik rumput yang lebih cantik lagi di depan. Kalau dah terlepas rumput yang cantik tapi bila sampai depan takde lagi rumput yang lebih cantik, tak boleh patah balik ke belakang.
Dalam hidup kita ni, kita akan jumpa dengan ramai orang, yang pelbagai ragam, pelbagai rupa. Ada yang kita suka, ada yang kita berkenan, ada yang kita buat tak kisah, dan ada yang kita menyampah. Itu semua lumrah.
TERjumpa dengan orang kita suka, kita berkenan, tapi lepas tu kita buat tak kisah, tahu-tahu dah diambil orang. Waktu kita nak cuba pusing balik ke belakang, tiada lagi peluang kedua. Hampa. Unless dengan izin Allah orang yang kita suka tu sanggup berlari ke depan untuk kejar kita yang dah TERkedepan. That's life.
"Jika anda berusaha mencari jodoh dgn cara yg baik:ia usaha utk ikuti
sunnah.Jika tiada jodoh, ada bukti di akhirat nanti yg anda tlh usaha" - @fedtriyahya
No comments:
Post a Comment