18.9.12

Limau Nipis

Hari Ahad lepas ada orang cakap nak tolong carikan limau nipis.

Hari Isnin masuk Giant dekat rumah jumpa limau nipis, tapi kecik-kecik semua. So cuma beli 3 biji, pilih yang besar among the kecikss. Then text kat orang tu cakap tak payah cari kalau belum cari lagi. Dia kata dia akan carikan lagi nanti. OK, fine la..

Pagi Selasa masuk opis, kat atas meja ada seplastik kecik limau. Tersengih sensorang sampai-sampai kat meja nampak limau. Tapi yang kelakarnya bila bukak, bukan limau nipis, tapi limau kasturi! Hadeh...orang tu tak kenal limau nipis kah?

Terkejut orang tu bila kite cakap tu limau kasturi, bukan limau nipis.. Apepun, thanks a lot for the limauss. Nampak effort beliau di situ nak tolong kite :) Sorry menyusahkan je..

Mari semak bagaimana rupa bentuk buah limau yang berbagai-bagai jenis.. (yang disenaraikan kat bawah ni cuma jenis-jenis limau yang penulis kenal sahaja dan patutnya semua orang boleh bezakan, nak lebih sila tanya pakcik gugel sendiri k..)

Limau Purut - Daun limau purut baunya wangi, selalunya guna dalam masakan tomyam, buat kek, masak rendang..

Limau Kasturi - Limau yang senang didapati, guna buat air, sambal belacan, makan ngan asam kecut pun sedap!

Limau nipis - Perahan untuk buat kuah tomyam, buat air pun sedap, boleh buat ubat batuk; 1)perahkan jus limau nipis, campur madu dan air suam 2)bakar limau nipis, belah dua, then sapukan sikit kapur makan dan tuamkan kat bahagian leher..

Limau Bali - Isinya ada yang putih, ada juga yang merah jambu. Rasanya sedap! Rasa macam limau...hehe :P

Limau Lemon - Selalu nampak orang hiris nipis, pastu letak kat gelas buat hiasan, guna buat masak ayam masak lemon, teh O limau, dan sebagainya..

Limau Mandarin - Limau yang biasa dapat free time nak Raya Cina..

Oren - Selalu panggil limau yang ni as 'Limau Sunkist'. Kawan baik dia adalah buah tembikai merah kalau pegi makan jemputan kawen. Haha.


5 comments:

  1. siapakah beliau ituhhh????
    heheheee

    ReplyDelete
  2. ttbe kan.. rasa mcm sdpnyeeee..semua limau2 tuu..hehe

    ReplyDelete
  3. lalilattalitamplom: siapakah beliau? Allah knows the best :)

    Ira: Ira nak limau? Banyak lagi ni.. :P

    ReplyDelete
  4. limau bali aka limau tambun..
    wahhh.. lama tak makan limau bali tu

    ReplyDelete
  5. Oh, limau tambun tu sama dengan limau bali ke? OK, baru tahu..hehe..

    ReplyDelete