Hari ni masuk ofis half-day je. Pukul 12.30pm keluar ofis, drive ke Lembah Subang nak tengok rumah sewa Puan Leen. Masa mula-mula kenal panggil Puan Leen, tapi sekarang dia bahasakan diri dia Kak Leen je. :) Lepas tengok rumah, balik Shah Alam, Kak Leen follow sebab nak cari kanvas untuk lukisan projek daripada Bank Negara. Sejam lebih kat dalam The Art Shop West Star; kedai yang selalu student arts serbu. Lepas beli kanvas, Kak Leen bawak pegi cari rumah teres lelong kat Jalan Plumbum. Tak jumpa rumah yang dicari, tapi jumpa rumah lain yang nak dijual. Lepas tu ingat nak pegi tengok rumah lain lagi kat Puncak Alam, tapi jalan jem gila, last-last U-turn balik Pusat Komersial. Beli juadah untuk berbuka, ingat nak berbuka sama, tapi Kak Leen decide terus nak balik Bentong, sebab kalau tunggu lepas buka takut jalan jem teruk.
Nak cerita pasal lain sebenarnye.
Dah 2 malam berturut-turut rasa sakit satu badan. Sebelumnya cuma rasa letih yang semacam bila balik tarawih. Tapi last 2 nights, rasa sakit. Petang tadi, after Kak Leen hantar dari beli juadah berbuka, masuk Klinik Mediviron sebelum naik rumah..
Pukul 6.10pm masuk klinik, dokter tak sampai lagi.
Naik rumah, solat Asar. Pukul 6.35pm turun rumah masuk klinik balik, klinik dah nak tutup. Dokter dah sampai tapi kluar balik. Rehat sampai pukul 8.00pm baru klinik bukak balik. OK, fine, pukul 8.00pm kena turun balik pegi klinik untuk kali ke-3.
Lepas berbuka, solat Maghrib, turun rumah, masuk klinik pukul 8.25pm. Tunggu sekejap, tak lama dipanggil masuk untuk consultation dengan dokter. Consultation paling lama dan bersambung-sambung setakat ni; setengah jam, pukul 8.50pm keluar sekejap balik rumah amik blood test result hari tu untuk rujukan dokter. Sambung balik consultation pukul 8.55pm until 9.05pm. Then tunggu untuk amik ubat, tetiba dokter panggil masuk balik dalam 5 minit, cakap-cakap lagi, baru habis.
Kesudahannya...saya perlu dirujuk ke Consultant Gynecologist PPUM.. Dokter cakap nanti pegi PPUM cari Secret Recipe, klinik sakit puan kat belakang Secret Recipe tu. Bila nak pegi? After cuti raya la nanti, insyaAllah..esok pagi nak drive balik Johor.. Dokter tak boleh nak declare anemia kat resit medical claim, takut ada effect bila nak apply takaful nanti. Kena apply for life takaful as soon as possible. Dah lama masuk dalam list to do sebenarnya, tapi macam-macam halangan pulak. Learn something new from the doctor today, kalau kita apply insuran/takaful, after 3 months baru boleh claim..baru tahu.. So for now, pegi PPUM nanti just cakap belum ada takaful. Sounds serius kan..? Be positive, insyaAllah everything will gonna be alright... tapi, naik rumah terus berdebar-debar..
Kawan-kawan, doakan saya sihat, takde pape yang serius yer..risau tu dah pasti ada, tapi kita kena sentiasa positif kan...? Thanks for reading this entry till the end. Doa kalian amat-amat dihargai, moga Allah membalas segala kebaikan kalian..
p/s: malam ni sebenarnya nak lepak lama-lama kat masjid, end up kluar masuk klinik.. :( Allah knows the best.



No comments:
Post a Comment