Hidup adalah untuk membuat pilihan, daripada celik mata hingga tidur kembali, tidak lepas daripada membuat pilihan.
Pilihan untuk bangun solat Subuh berjemaah atau terus tidur hingga naik matahari,
pilihan untuk solat dengan khusyuk atau bak burung mematuk padi,
pilihan untuk berzikir selepas solat atau bergegas untuk urusan dunia,
pilihan untuk bersedekah di tabung Jumaat atau membiarkan tabung berlalu di hadapan mata,
memilih untuk berpuasa sunat, atau makan saban hari,
memilih untuk menambah ilmu dengan membaca dan menghadiri kuliah agama,
atau melayari internet dan melayan rancangan realiti TV yang menggoda!
Turutkanlah pilihan fitrah.
Pilihan fitrah membuatkan jiwa terubat walaupun pahit pada permulaanya..
Mulakan dengan bersifat jujur dengan diri kita sendiri dalam pilihan yang kita buat setiap hari, adakah ia betul menurut kata iman yang sentiasa benar atau kita memilih sebuah penyelewengan? Kalau ini pun kita gagal mengesannya, benarlah jiwa dan roh kita cacat dan parah. Tidak tahu membeza yang mana hak dan batil, buta dalam menilai yang mana baik dan buruk.
Sama-sama fikirkan..
{Mantap Iman | Ust. Hj. Mohd Zamri Hj. Mohd Zainuldin | Gen-Q isu 09}
benar,
ReplyDeletemari sama-sama kita perbaiki diri.