11.4.12

Jam Tangan & Semalam..

Saya nak jam tangan baru sebagai hadiah ulangtahun kelahiran yang bakal tiba tak lama lagi, boleh? *tetibe (berangan la cik ummi..sape nak bagi? beli sendiri la bila ada duit lebih nanti..insyaAllah)

Jam tangan yang hitam tu da tak mau gerak, nak kene ganti bateri, bila nak ganti entah tak tahu, asyik lupa je. Dah lama pakai jam tangan yang hitam ni, sejak dari masa blaja degree lagi. Yang sebelahnye tu, beli masa join training GEMS kat Senai dulu, sebab ada kelas professional grooming + hadiah untuk diri sempena konvo :)

Semalam kat opis perasan Incik H pakai jam tangan - baru. Sebelum ni tak pernah nampak dia pakai jam tangan pon. Tetibe nak sentap. Apekes ntah. Ntah pape..abaikan.

Balik opis semalam singgah lepak kat Masjid Putra. Tengok jalan penuh semacam, banyak kereta semua laju-laju, malas nak berebut-rebut. Termenung sekejap sementara menunggu maghrib. Ada masa-masa tertentu, memang selalu suka park kat mana-mana rasa best, termenung. Buang masa kan? Tapi itu salah satu terapi untuk diri bila tak tentu arah.



*Nota: patutnya petang ni keluar ke IKEA jumpa kawan-kawan, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya memilih untuk duduk di rumah. Selamat bersilaturrahim kengkawan, ada masa lain kali insyaAlah kita jumpa eh :)

No comments:

Post a Comment