Nak
Dulu, masa zaman sekolah rendah, bila cikgu tanya, "Apa cita-cita kamu bila dah besar nanti? Kamu nak jadi apa?" Jawapan saya, "Saintis!" Hebat kan cita-cita masa kecik dulu..
Bila naik sekolah menengah, cita-cita nak jadi saintis masih tersemat di kalbu, tapi bila ditanya nak jadi apa, jawapannya dah lain sikit, "Nak jadi pakar teknologi makanan!"
Lepas SPM, dapat offer matrikulasi, semangat ni nak study kimia, biologi, tapi Allah tu lebih tahu kan...saya tak belajar pon biologi! Saya ditakdirkan masuk dalam kategori physical science student. Actually bole tukar ke biological science, tapi dah takdir Allah bagi saya kene chicken-pox masa minggu orientasi, and during that week, bole buat permohonan pertukaran aliran - tapi saya takde! Maka setelah sembuh dari sakit itu, pulanglah saya ke KMJ study fizik dengan redhanya..
Habes matrik, masa apply UPU, letak semua 'food technology' untuk 8 pilihan dalam borang permohonan; dari UPM, UTM, UiTM, USM, semua U yang ada offer food tech la saya apply. Dan takdir Allah jua, satu pon tak sangkut! Result matrix pon biasa-biasa je, persaingan hebat, so that's why la kot..tapi yang buat sedihnya, dah la tak dapat course yang diidamkan, kene lelong pulak.....redha..dapat offer UiTM course Artificial Intelligence (AI). Masa registration day kat UiTM, tetibe bole pulak nama takde dalam list AI tu, tapi nama ada kat course Netcentric Computing (NCC)! Hah, sudah...ape pulak lah Pengkomputeran Netsentrik nih...kene register under course tu jugak! redha lagi.. :)
First semester belajar as NCC student rasa macam seronok pulak, walaupun terasa 'azab' jugak la takde basic computer programming.. Bayangkan, lecturer suruh run coding "Hello World" C++ kat command prompt, menggelabah cari command prompt sebab tak tahu pon command prompt tu hape! Kenangan...memang betol-betol belajar.
Takdir Allah tu memang terlalu istimewa. Saya akhirnya grad first batch B. Sc. (Hons.) Netcentric Computing without any repeat subject, walaupun banyak paper yang cukup-cukup makan..Alhamdulillah.. :) Dan hari ni pursuing my master - which is - actually tak expect pon akan sambung secepat ini; sebab target nak kawen dulu :P
The main point dalam entry kali ni sebenarnya adalah:
Saya sebenarnya tersentak dengan perkataan "Computer Scientist" yang disebut oleh Assoc. Prof. Ghazalee dalam kelas Computer Architecture & Organization hari Khamis lepas, "If you finish your graduate study and grad with Master in Computer Science, then you are a Computer Scientist la kan? I pray for your success to be a great Muslim Computer Scientist, InsyaAllah..". Ada perkataan "Scientist"! Yes, I am currently in my track untuk merealisasikan cita-cita saya sejak sekolah rendah dulu - without I'm realising it! Subhanallah...Allah bagi jalan dengan cara yang kita tak pernah sangka. Dia memang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang, mengabulkan doa seorang hamba yang kerdil ini. Ya Allah, permudahkanlah jalannya...
Terima kasih Allah, untuk segala-galanya..
Kawan-kawan yang baca entry ni, doakan saya dapat completekan master saya yer, moga Allah balas kebaikan doa kalian dengan kehidupan yang berkat, insyaAllah :)
amin ya rabbal alamin.. :)
ReplyDeletemudah2an.. semoga ummi bjaya dlm mengejar impian ummi.. :)
ReplyDeleteTerima kasih Fi..
ReplyDeleteTerima kasih Farah..
:)
seronok baca.. i'm proud of u!..
ReplyDeletesemoga mudah semuanya umi.. amin.
=D
Terima kasih ira :) mudah-mudahan, insyaAllah..
ReplyDeleteMoga2 dipermudahkan segala perjalanan pembelajaran
ReplyDelete:)
Terima kasih Incik DinasorCute :)
ReplyDelete