Cerita pasal segenggam kopi.
Ada sorang pemuda ni mukanya resah gelisah bagai dirundung masalah yang terlalu besar. Satu hari dia pegi jumpa dengan seorang pakcik tua yang dikenali sebagai ahli hikmah (orang yang bijaksana) untuk mendapatkan nasihat tentang masalah yang dihadapi.
Pakcik tua itu menyuruh pemuda itu mengambil segenggam kopi dan dimasukkan ke dalam segelas air, kemudian dikacau lalu disuruh pemuda itu minum. Alangkah pahitnya rasa air bancuhan kopi itu.
Selepas tu si pakcik tua itu mengajak pemuda itu keluar rumah dan pergi dekat dengan sebuah perigi. Lalu diminta pemuda itu mencampakkan segenggam kopi ke dalam air perigi tersebut kemudian dikacau air di dalam perigi tersebut menggunakan timba sehingga nampak riak-riak air lalu disuruh ditimba air dari perigi itu dan disuruh minum airnya oleh pemuda tersebut. Tiada sebarang rasa kopi!
Begitulah seharusnya kita melihat masalah, memikirkan penyelesaian untuk masalah yang mendatangi kehidupan sehari-hari.
Segenggam kopi dengan segelas air sememangnya memberikan kesan yang cukup pahit kepada si peminum. Tetapi segenggam kopi yang sama dengan seperigi air tidak memberikan sebarang rasa kepada si peminum.
Besarkan jiwa, lapangkan dada untuk menghadapi apa jua masalah yang datang dalam kehidupan ini.
Besarkan Allah dalam hati, besarkan Allah dalam jiwa, besarkan Allah dalam niat kita melakukan apa-apa pun pekerjaan sehari-hari. InsyaAllah, masalah yang datang pasti dapat diselesaikan dengan mudah...
![]() |
| Gambar ihsan Gugel :) |

No comments:
Post a Comment