15.1.12

A Friend of Mine

Dah lama sebenarnya nak menulis tentang beliau. Tapi selalunya tertangguh.

Salah seorang kenalan yang memberikan inspirasi untuk saya sampai ke tahap ini hari ini, sejujurnya saya mengagumi beliau.

Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Beliau punya keistimewaan yang tersendiri. The way she is, her family, her personality, her ability. Kadang-kadang terlalu misteri, tapi beliau memang istimewa.

Alhamdulillah..Allah takdirkan saya mengenali Fatimah Zahirah Binti Mohd Damanhuri a.k.a Zaza. Saya tak kenal Zaza, saya cuma kenal Fatimah.

Kami tak la rapat mana, tapi saya percaya Fatimah juga mengikuti perkembangan hidup saya. Kadang-kadang tak berapa nak faham her new updates thru blog. Yang saya tahu Fatimah ni studied law kat UiTM, then buat chambering, lepas tu dah tak clear sangat da. Tapi saya percaya kejayaan-kejayaan yang dicapai olehnya sungguh memberikan kegembiraan dan kebanggaan kepada abah dan mamanya. Saya tumpang gembira dan bangga dengan Fatimah. Kadang-kadang menyibuk juga nak ambil tahu her new updates thru twitter, but most of the time end up saya memerhati dari jauh.

Dulu masa zaman sekolah, masa baru-baru nak kenal Fatimah ni, selalu sangat rasa segan. Rasa segan yang macam mana nak cakap pun tak tahu. Sampai sekarang pun rasa segan tu masih ada.

Teringat masa mula-mula study kat UiTM dulu, ada one time tu nak balik UiTM tapi turun kat Puduraya dah lewat malam. Contact Fatimah nak tumpang stay kat umah dia semalaman. Sebenarnya waktu tu rasa serba-salah yang sangat-sangat. Takut menyusahkan abah Fatimah ni. But at the same time takut jugak nak duduk sensorang kat Puduraya tu. No choice. Alhamdulillah Allah datangkan pertolongan melalui Fatimah. Dan kebetulan keesokan harinya kat rumah Fatimah ada nak buat open house.

Macam mana boleh tersadai kat Puduraya tengah-tengah malam tu..kisahnya ada kaitan dengan sorang lagi friend of mine yang telah selamat menjadi isteri orang dan terkini khabarnya sedang berbadan dua - Pn. Roslina Binti Hj. Jamian. Kita tinggalkan dulu cerita Pn. Roslina ni sebab sekarang nak cerita pasal Fatimah :)

Kali terakhir jumpa ngan Fatimah ni masa pergi Konvensyen Kewangan Islam, 7 Mei 2011 kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kitorang janji nak join konvensyen ni sama-sama. Masa tu saya realize kami tak berapa banyak bercakap. Masing-masing ada perkara yang ingin difokuskan. Walau apapun, Alhamdulillah..Allah izinkan persahabatan kami berpanjangan hingga ke hari itu, bahkan sehingga ke hari ini.

Hari ini, Fatimah ada jalan hidupnya sendiri, dan saya juga sedang melalui jalan yang telah saya pilih - tentunya dengan izin Allah.

Doa saya, moga-moga Allah terus izinkan persahabatan ini terjalin hingga ke syurga. Saya menyayangi Fatimah sebagai sahabat saya kerana Allah, dan saya harap Fatimah juga begitu. Moga-moga kami sama-sama dikurniakan kehidupan yang berkat, hasanah di dunia dan akhirat kelak..

Thanks Fatimah - for being my sweet friend :)



p/s: Cari-cari ada tak gamba dengan Fatimah ni..tak jumpa. Fatimah, kita belum pernah lagi bergambar bersama berdua! Harap-harap satu masa nanti kita dapat bergambar berdua..

3 comments:

  1. Salam ummi. Sweetnya awak. Terima kasih banyak2. Tapi alhamdulillah allah panjangkan relationship kita. Truth is, kita memang dah tak berhubung langsung dengan kawan tenggaroh macam kita masih dapat berhubung ngan awak. Walaupun kita tak banyak bercakap etc. tapi still :) thanks for being my sweet friend jugak. Semoga pershabatan kita diredhai ALLAH :) amin. <3

    ReplyDelete
  2. Yeay..! Fatimah baca entry ni! Alhamdulillah.. :)

    Dua sahabat yang saling mengasihi kerana Allah, InsyaAllah akan ada nilainya di sisi Allah..

    ReplyDelete