4.1.12

15K (Part 2)

Teringat pernah dengar satu ceramah pasal duit/wang hantaran. Jangan sampai membebankan pihak lelaki. Pihak lelaki perlu menyediakan sejumlah wang hantaran untuk diberikan kepada pihak perempuan - yang mana dengan duit hantaran itu akan digunakan oleh pihak perempuan untuk membiayai kos menganjurkan majlis walimah. Nampak membebankan pihak lelaki kerana pihak lelaki juga memerlukan sejumlah belanja bagi meraikan walimah di pihak beliau.

Ya, saya faham itu. Walaubagaimanapun...

Pada pandangan saya..

Jika benar-benar pihak lelaki faham kedudukan ekonomi pihak perempuan, itu bukan satu masalah.

15K - mengambil kira peningkatan kos hidup dari semasa ke semasa - adalah satu jumlah yang berpatutan.

Apa-apa pun, persefahaman, perbincangan dan perancangan rapi sesama bakal pengantin pasti akan dapat meringankan soal kos ini, InsyaAllah..


p/s: Sebenarnya banyak lagi point-point yang nak dicurahkan kat enrty ni, tapi..biarlah..Ini soal perancangan manusia. Tanpa izin Allah, takkan jadi apa-apa. Saya tarik balik kata-kata saya dalam entry sebelum ini yang mengatakan lambat lagi la nak kawen kalau camni. Rumet cakap, kata-kata tu boleh jadi doa, so jangan cakap lambat kawen, nanti jadi betol karang tak memasal. Mintak dijauhkan.. Thanks rumet sebab ingatkan :)

5 comments:

  1. 15k
    gulppp
    kalau lelaki tu mampu xsalah kan..
    tapi seelok2nya permudahkanlah sesuatu perkahwinan itu
    cewahhhh

    ReplyDelete
  2. Nape Incik DinasorCute macam terkedu? Nak masuk meminang saya kah? - tak mungkin kan..

    yep, kalau calon itu mampu, Alhamdulillah..tapi andai sebaliknya, jika dengan izin Allah memang itu jodoh yang datang, siapapun takkan dapat menghalang ketentuan-Nya..akan diterima seadanya :)

    ReplyDelete
  3. Sekadar mengutarakan pandangan seorang lelaki
    ^^

    Sesungguhnya janganlah membebankan pihak lelaki sampai pihak lelaki kena berhutang..
    nanti anak dah 3-4 orang tapi utang2 kawen still xlangsai lagi
    camno tu..
    hihihi

    Renung-renungkan.
    :)

    ReplyDelete