![]() |
| Gambar sekadar hiasan - ihsan Incik Gugel. |
Nasihat kepada orang bujang (tentang jodoh):
1. Tetaplah bersemangat
Semangat mempersiapkan diri menjadi peribadi yang matang. Matang hati, sedia menerima pasangan dengan segala risikonya. Sedia dipimpin atau memimpin. Sedia mengatur atau diatur. Sedia mengalah atau mendominasi. Kesediaan secara batin untuk sehati sejiwa dengan pasangan - penting kerana kita harus mampu mengawal ego diri agar segalanya boleh berjalan sesuai dengan kata hati.
Siapa jodoh kita kelak hanya Allah yang tahu. Tugas kita hanya menjadi manusia yang soleh/solehah agar kelak kita mendapatkan pula pasangan yang soleh/solehah. Pupuk diri dengan ilmu dan akhlak mulia - bukan untuk ditunjukkan kepada sesiapa sahaja, tetapi hanya sebentuk usaha bahawa kita mesti lebih baik daripada sebelumnya.
2. Carilah dengan hati, bukan dengan nafsu
Mencari pasangan bukan kerana bentuk penampilan yang boleh memuaskan nafsu tetapi memilih dengan hati agar pilihan tidak mengecewakan. tentukan dengan solat istikharah. Jangan berasa yakin sebelum bertanya kepada Allah. Apa yang menurut kita baik, belum tentu baik menurut Allah. Sedangkan apa yang menurut kita buruk, belum tentu buruk menurut Allah.
3. Jangan berputus asa
Apabila terjadi kegagalan, belum tentu ia adalah pengakhiran usaha kita selama ini. Pasti ada hikmah yang mendalam dalam setiap ujian kita. Air mata yang menitis tidak akan menitis dengan sia-sia. Bila harus bersedih, maka bersedihlah. Tetapi jangan sampai terbawa-bawa dalam kesedihan yang mendalam. Pasti ada jawapan dari sekian banyak ujian yang Allah berikan.
4. Terimalah sebarang kekurangan
Mungkin selama ini kita mengimpikan manusia ideal yang akan menjadi pendamping kita. Tetapi ternyata ada orang yang rela menjadi pendamping kita meski dia bukan seorang yang serba sempurna. Berikanlah kesempatan kepada hati untuk memahami kekurangannya, mengerti ketidaksempurnaannya dan mahu menutupi kekurangan itu. Didiklah hati kita untuk menjadi hati yang sedia bersanding dengan kekasih yang tidak sempurna sebagaimana dia mahu berkongsi dengan ketidaksempurnaan kita.
5. Syukurilah apa yang ada
Orang yang akan menjadi pendamping kita adalah watak terpilih. Terpilih kerana kebagusan akhlaknya, keindahan tutur katanya dan kemampuannya menjadikan kita tenang kerana agamanya. Proses pencarian yang lama, mengerah tenaga dan mengundang air mata. Maka, syukurilah seseorang itu agar Allah menambah nikmat kepada kita. Nikmat yang tidak terhitung banyaknya.
[Ya Allah, Diakah Jodohku, Burhan Sodiq, Kemilau Publika]

No comments:
Post a Comment