3.12.11

Laser War Game + Ombak Rindu

Malam tadi join reunion Netcentric kat i-city. Takde la ramai sangat yang datang, yang keje dekat-dekat ngan KL je yang menunjukkan muka. Kitorang main laser war game. Tak pernah main sebelum ni dan tak pernah ambil pusing pon akan kewujudannya...hehe, ni la first time, dan ternyata ia sangat seronok! Juga penat! Lepas abes game, yang pompuan-pompuan bujang (kecuali cik eera shee) stay kat umah saye (yang dah kawen haruslah kene balik ikut laki kan?)...macam-macam cerita hapdet-hapdet topik semasa yang dibincangkan..pukul 3 pagi masih tak tido lagi!



Dan..tengah hari tadi, keluar ngan hakak Lely ke Jusco Bukit Raja - layan Ombak Rindu. Dulu pernah baca novel ni, tapi tak abes, dan tak hengat pon jalan ceritanya. Komen? - malas la nak komen. Cerita adaptasi novel; macam tu la..macam mane? macam tu la...(sila paham sendiri, kalau tak paham sekalipon, buat-buat la paham yer).


Yang sebenarnya...dalam planner ada catat nak pegi jemputan walimah kawan sekolah SMKABP dulu; Balqis. Majlis umah perempuan buat kat Air Hitam, Muar, Johor - separuh perjalanan balik kampong. Tanya kat fesbuk grup, ade tak sesape yang nak pegi gerak dari KL, responnye negatif. So, lastly decide tak pegi. Segan pulak nak pegi sensorang. Mintak maaf Balqis tak dapat memenuhi jemputan. Selamat pengantin baru buat beliau dan suami, moga disatukan dalam kebaikan, berbahagia hingga ke syurga!

Hajat di hati nak drive mak & ayah ke Penang terpaksa ditangguhkan atas beberapa faktor. InsyaAllah, tahun depan akan diusahakan lagi.

Dah, tu je nak share untuk entri kali ni. Sekian. :)

2 comments:

  1. bukan saje seronok dan penat,malah sakit kaki smpai 3hari tak hilang2!!sgt seksa bila kena naik turun tangga..huhu..nmpak sgt tak pernah bersenam..hehe..

    p/s: "yang dah kawen haruslah kene balik ikut laki kan?"..tu saya.. :p

    ReplyDelete
  2. oh, zila pon sakit-sakit kaki sampai 3 hari? same la kita...

    yesss - "yang dah kawen haruslah kene balik ikut laki kan?" - itu adalah zila! hehe

    ReplyDelete