17.12.11

Calon Suami (Revised as of 17Disember2011|22Muharram1433)

Bismillahirrahmanirrahim..

Memilih calon suami juga bererti memilih calon ayah yang baik untuk anak-anak yang bakal saya lahirkan nanti, InsyaAllah. Jadi...

Yang menjadi pilihan hati (manusia merancang, Allah jua yang memiliki takdir):

1. Islam - Seorang Islam(Muslim) dalam erti kata yang sebenar, bukan hanya pada nama. Pegangan agama yang basic perlu kuat, bacaan Surah Al-Fatihahnya mesti betul.

2. Tidak merokok - Saya memilih pendapat yang mengatakan merokok itu haram hukumnya. Saya memerlukan seorang ayah yang baik (rohani dan jasmani) untuk anak-anak yang bakal saya lahirkan, InsyaAllah.

3. Berani - Saya memerlukan seorang pendamping yang berani dalam melakukan perkara yang betul, boleh menjadi Imam -(bukan hanya dalam solat, lebih baik juga Imam atau pemimpim dalam masyarakat).

4. Sekufu - Sekufu atau setaraf dari segi kefahaman agama, cara hidup dan latar belakang keluarga. Saya memerlukan seorang lelaki yang boleh membimbing, menegur dan memotivasi diri dalam mendapatkan Hasanah dunia dan akhirat, InsyaAllah.

5. Peramah - Penting demi menjaga silaturrahim sesama dua keluarga, adik-beradik, saudara-mara dan sahabat-handai.

6. Tenang - Air muka, perwatakan dan tingkah laku yang tenang dan menenangkan,  disenangi dan diterima oleh mak dan ayah.

7. Menerima saya seadanya - Sedia menerima apa jua adanya saya, siapa saya di masa lalu dan akan datang, bersabar dengan karenah dan perangai saya yang macam-macam.

Sebagaimana saya mengharapkan si calon ciri-cirinya begitu, begini, saya juga perlulah berusaha memiliki kriteria begitu, begini.

Ya Allah, bantu aku, bantu aku, bantu aku. Pertemukanku dengan jodoh yang beriman lagi beramal soleh, seimbang dunia dan akhiratnya. Kawan-kawan, doakan saya..



Gambar ihsan Gugel

Yang ini pun ihsan Gugel jugak :)

{Al-Quran, Surah An-Nuur, Ayat ke-26}
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat; mereka itu akan beroleh pengampunan dan pengurniaan yang mulia.

Entry original Calon Suami ada di sini :)

1 comment:

  1. 4 ciri penting calon suami, memiliki aqidah dan hala tuju (Vision), boleh mendidik (Guide), berakhlak (Virtue), mampu menjaga (Guard)! - Ustaz Emran Ahmad

    ReplyDelete