Bagaimana tangan mampu dihulurkan jika hatinya enggan menyambut?
Bagaimana kaki boleh berjalan jika hati hanya mahu duduk?
Bagaimana mulut akan berdiam jika jiwanya mahu bertutur?
Tidak mungkin semuanya berlaku jika hati tidak menginginkan ia terjadi.
Kerana hati itu adalah raja bagi seluruh anggota.
Justeru, bagaimana mungkin seorang hamba memperturutkan nafsu dan berbuat maksiat jika di hatinya ada Allah s.w.t.?
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Apabila ia buruk, maka buruklah seluruh jasad. Maka daging itu adalah hati manusia."
Tanya hati, di manakah Dia di hatiku?
No comments:
Post a Comment