3.10.11

Isnin yang berNasib Baik?

Hari ni keluar umah nak ke opis jalannya dipermudahkan Allah. Alhamdulillah. Mulanya perasaan malas menguasai diri. Sangat tak bersemangat nak bersiap ke opis. Paksa diri. Kemas katil, susun baju, sapu bilik, iron baju kurung then mandi dan bersiap-siap. Lawan perasaan malas seboleh-bolehnya. Turun umah, cek air kete, start enjin pegi isi minyak. Keluar dari Shell, traffic light hijau terus buat U-turn masuk federal highway. Sampai kat bulatan Tesco seksyen 13 selang dua kete terus dapat masuk nak ke Kesas Highway. Then sampai kat flyover Persiaran Kewajipan traffic light hijau lagi terus ke Mydin dan selamat parking. Tarik je handbrake dapat call. Shah call tanya kat mana. Dia ingat hari ni saya dah ke Cyberjaya. Belum lagi. Hari esok start sebab last week Kak Aizah cakap report hari Selasa, 4 Oktober.

Petang ni ada Hi-Tea @Khadijah's Kitchen kat PJ, Jalan Bukit. Rase cam takmo pegi, tapi baru jap tadi CEO HiS Encik Wan Zaidi bagi gentle reminder siap ngan agenda. Harus pergikah? Atau Wajib pergi?

Esok report kat EB1, Cyberjaya. Projek 8 bulan. Oke, 8 bulan.

Rabu, kene attend HeiTech Induction Programme 2011 kat Nexus Hall. Compulsory.

Sabtu ni, 8 Oktober majlis walimah Kak Fizah Nitar (kakak angkat masa sekolah menengah rendah). Kemungkinan besar tak dapat attend disebabkan masalah ekonomi.

18 & 19 Oktober, kene attend Advise & Promise Training kat De Palma Hotel, Shah Alam. Nasib baik kat Shah Alam.

26 Oktober, hari Rabu - Deepavali kan?

28 Oktober, Jumaat, Olin (kawan sekampung, selang dua umah) nikah lepas Asar. Wajib pulang sebab dah janji nak teman waktu nikah. Haruskah apply cuti untuk 27? Pulang ke kampung on 26th cuti Deepavali?

6 November Raya Haji! Pulang sekali lagi?

hurmm...menjadi Perdana Menteri kepada kerajaan diri sendiri, banyak perkara perlu difikirkan. Moga Allah sentiasa memudahkan urusan hidup ini...

2 comments:

  1. bila sy berada disituasi mcm ni.. sedih. segalanya di atas bahu ni..

    tp fikir2 balik..syukur..tuhan masih bg kudrat..mampu bergerak..
    kalau dia tarik nikmat tu.. masyaallah kan?

    ReplyDelete
  2. Ujian Allah tu datang dlm berbagai2 bentuk yg kita tak pernah sangka. Allah nak uji sejauh mana kita bersyukur dgn apa yg Dia dah bagi selama ni. nak ke tak nak, hidup mesti terus...

    Diberi ujian dlm keadaan kita senang lebih dahsyat berbanding jika kita diuji dlm keadaan sememangnya kita susah.

    Kata Mr. F, "Dia lebih mengerti. Kadang-kadang ada banyak benda kita tak sangka akan terjadi."

    sekian.

    ReplyDelete