15.10.11

Doa dan Harapan

Doa itu senjata orang Mukmin.

Semua orang tahu bahawa senjata Mukmin ialah doa. Namun pengetahuan ini hanya akan lengkap apabila mereka sedar bahawa bantuan Allah hadir untuk mereka yang menurut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Maka jagalah ibadat dan jauhi perkara mungkar terlebih dahulu.

Harus diingatkan juga, selepas berdoa kita mesti berusaha! Lihat bagaimana Rasulullah s.a.w. memperlihatkan contoh teladan kepada kita. Baginda berdoa dan tetap bersusah payah menghadapi rintangan dalam peristiwa hijrah. Baginda berdoa dan tetap berperang di medan Badar bagi menegakkan Islam. Baginda berdoa dan tetap terus konsisten mendidik hati dan jiwa para sahabat dalam mendalami Islam. Baginda berdoa dan berusaha!

Kemudian, apabila telah berusaha yang diiringi doa, tetapi tiba-tiba kita tidak dapat natijahnya, seperti doa kita itu tidak dimakbulkan pula. Jika begitu, usah sesekali kita menyalahkan Allah. Ingat, setiap keputusan urusan hidup kita ini telah ditentukan oleh-Nya. Sematkan dalam hati bahawa semua perkara yang berlaku kepada kita semestinya ada hikmah di sebaliknya.

Muhasabah diri.

Adakah kita ini hamba sejati? Ibadah dilaksana dan perintah dituruti?

Fahamkah kita makna doa yang kita baca? Khusyukkah kita dalam berdoa atau sekadar mulut yang berbicara? Adakah kita berusaha? Atau duduk diam sahaja? Muslim yang hebat sentiasa berusaha!

[Sumber: Gen-Q vol.3, ruangan Detik Hati by Ahmad Badrul Sani Baharudin]

No comments:

Post a Comment