24.7.11

Takwa menyatu dua jiwa

"Bertakwa? Apa benda tu? Aiskrim ke?" Khair tidak pernah mendengar kalimah itu.

"Bukan aiskrim, tetapi benda lain...saya juga tidak tahu maksud bertakwa itu. Itu cakap abi saya. Saya hanya sebut sahaja. Saya pun tidak faham," jelas Raihan.

"Maksudnya, jika saya bertakwa saya akan setaraf dengan semua orang? Dan saya boleh berkawan dengan awak sampai bila-bila?" tanya Khair lagi.

"Entah...abi saya cakap, orang yang bertakwa akan bersama dengan orang bertakwa. Begitu juga sebaliknya. Kalau kita berdua sama-sama bertakwa kepada Allah, mesti kita akan dapat bersama," Raihan memberitahu. Khair memahami, dalam diam dia bertekad untuk mencari maksud takwa itu.

[Dipetik dari Majalah GenQ; Kisah Bersiri; Mahar Yang Makbul, siri 1]

No comments:

Post a Comment