16.7.11

Takdir Allah Terlalu Misteri

Salam nisfu Syaaban 1432H. dah tak lama dah nak puasa ni. Ahlan wasahlan ya Ramadhan...moga kita semua panjang umur sampai berjumpa dengan bulian mulia itu nanti..

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah, what you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah"

"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kadang-kadang terlalu misteri. Tetapi ketetapan-Nya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa, itu dipanggil golden rule!"

Allah Tidak Berhenti Memberi

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."

"Kenapa?"

"Kita akan sakit jiwa!"

"Kenapa?"

"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah Yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apatah lagi kepada sesama manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur."

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi..."

"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Jadi, siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"

"Ah, kita terlalu ego..."

4 comments:

  1. egokah aku?
    aritu masalah kat opis
    org amik keje kita
    and no say single word
    tup2!! yg dapat "good" dari boss adalah dia.
    yg penat buat keje lgsung tak dpt ape. teringin juga nk dia ucap terima kasih. tp.............

    ego ke kalo camni ?? Hurmm

    ReplyDelete
  2. kak iss kene percaya ape yg kak iss buat tu bukan sia-sia. insyaAllah ade kebaikannya kat mana-mana yang kita tak nampak...

    ReplyDelete
  3. "kita bukan ego untuk bersyukur"

    tapi kita terlalu mudah lupa rezeki itu dari Allah..








    ps:arap2 komen xofftopic.hahahaha

    ReplyDelete
  4. yup.
    couldnt agree more with en.dinasor.

    lupe..rezeki tu dtg dari Nya.

    **toleh diri sendiri.

    ReplyDelete