apepun yang berlaku dalam hidup kita, semuanya takkan berlaku kecuali biiznillah. suka ataupun tak, hidup perlu dilalui dengan keimanan yang tinggi dan kesabaran yang menggunung.
Emak.
pagi tadi sampai opis, dapat 1 sms dari mak. "Ko shat mak shat tpi tngan ni 2 2 skit nk wat keje sush nye". bace sms mak, tak semena-mena menitis air mata. laju. mak semakin tua. mak sedang melalui hari-hari tuanya. sekarang kat rumah tinggal mak, ayah dan adik bongsu Mutalib sekolah tingakatan 2. semua keje umah mak buat sorang. bila malam tepon mak, mak kepenatan. ya Allah, ampuni segala dosa-dosa mak. segala-galanya. permudahkan jalan mak ke syurga nanti, permudahkan, permudahkan, masukkan mak dalam syurga ya Allah.
Ayah.
pejam celik pejam celik, dekat nak setahun dah ayah lumpuh separuh badan. bcoz of stroke. alhamdulillah, sekarang ayah da bole bangun sendiri. but still, ya Allah, tak tahu nak cakap. derita ayah, derita mak sebab ayah diuji begitu, hanya Allah yang tahu. apepun alhamdulillah ayah masih ada. ayah pun sedang meniti hari-hari tuanya. ampuni dosa-dosa ayah ya Allah...
Kakma.
kakma akan balik umah bila hujung minggu hari sabtu. dia keje dekat ngan umah. dekat? setengah jam jugak la dari umah. kakma da banyak berkorban. dia korbankan cita-cita dia nak sambung degree sebab keluarga. terima kasih kakma. akak belom tentu dapat buat macam ape yang kakma da buat.
Along.
abang long duduk dekat ngan umah, tapi bukan hari-hari dia dapat jenguk mak ayah kat rumah. dia pun ada family untuk diuruskan. abang long dah banyak mengalah untuk adik-adik. abang long lebih tahu susah senang mak ngan ayah kat umah sana. sebab dia abang long.
Angah.
abang ngah, lama da dia tak balik umah. tapi masa tepon mak siang tadi, mak cakap minggu lepas angah ada balik umah kejap, tapi tak tido. sedih bila teringat angah. entah macam mana la boleh jadik macam tu. dulu angah tak macam tu. dulu angah lain. mungkin sebab tekanan hidup agaknya. mungkin. entah la, tak tahu. nak abang ngah yang dulu.
Fateh.
sekarang fateh kat matrix negeri 9. dugaan dia, ayah jatuh sakit masa dia nak amek spm. dia kuat. cara fikirnya tersendiri. mudah-mudah jalan hidupnya tidak terlalu berliku.
Adik.
Ahmad Mutalib. dulu tak nak mengaku nama dia mutalib, dia sebut mustaqim. adik selalu gaduh ngan fateh. jangan malas dik, dengar cakap mak, jangan lawan cakap ayah. mungkin dia rasa selesa dibesarkan dalam suasana tidak sesusah kami abang-abang dan kakak-kakaknya. takpe, satu hari dia akan faham jugak.
Saya?
saye hanya manusia biasa. melalui hari-hari seorang gadis, seorang wanita, seorang muslimah dengan berbekalkan ilmu yang terlalu sedikit, berbekalkan segenggam tabah, terus melangkah mengharungi liku-liku hidup. saye tak pernah tahu apa yang tersedia di hadapan sana untuk dilalui. setiap orang pasti diuji. jalan hidup setiap orang pasti berbeza. moga-moga sentiasa tetap berada di atas landasan syariat Allah. semoga selamanya kekal di jalan-Nya.
Sabar itu ganjarannya syurga. Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga.
Sesungguhnya...Sabar itu Indah.
No comments:
Post a Comment