saya mulakan pagi dengan membersihkan diri untuk solat Subuh seperti biasa. selesai solat, capai baju kurung dan tudung dari wardrobe lalu dibawa ke papan gosok baju untuk diiron. siap iron, terus bersiap-siap macam biasa. kak Anis roomate tegur, "Eh, awal pulak umi hari ni?". tengok jam kat tangan pukul 7.15 pagi. selalunya dekat-dekat nak pukul 8 baru nak pakai tudung. sebab dah niat nak puasa sunat, so lepas dah sarung stokin kaki, terus la capai kunci umah skali ngan kunci kete. selalu kalau tak puasa, duduk sekejap makan kismis, minum air masak, kunyah roti sekeping dua.
masuk kete terpandang kotak kosong air susu coklat dutch lady hari jumaat lepas minum lupa nak buang. start kete, masuk gear reverse, kluar parking, pegi ke petak parking ke-3 dari tong sampah besar. kluar kete jap, gi buang kotak susu tu. masuk balik dalam kete, tengok jam kat dashboard belum pun pukul 7.30 lagi. kebetulan sebelum kluar umah tadi sempat capai Ma'thurat kecik bawah tafsir, jadi decide nak baca sekejap la sementara tunggu enjin kete panas. first time ni tetibe tergerak hati nak baca ma'thurat dalam kete. abes je baca doa-doa pagi tu, terus gerak nak ke opis.
sampai opis, tengok jam baru kul 8.20 pagi. selalunya sampai dalam pukul 9.05. takde sape pon lagi kat opis kecuali kakak cleaner tengah lap-lap meja. terus kluarkan laptop, cucuk cable tenet, pasang adapter skali, sambung charging henpon sebab baru perasan lepas solat subuh henpon mati bateri habes sempat cas sekejap je. siap pasang adapter, turn on laptop, laptop on hibernate mode dari hari jumaat, tekan ctrl+alt+del, then swipe jari telunjuk kanan, terus masuk windows. refresh smua opened tab kat firefox yang tak close masa hibernate sejak last week lagi. netbean da open, tapi tengok kiri kanan takde orang lagi, decide nak belayar sekejap la di alam maya.
pukul 9.30++ baru start klik-klik kat netbean. oke, ngadap IDS development untuk minggu last. next week saya akan start working on business intelligence. hape ntah business intelligence tu tidaklah saye tahu sebab tak pernah buat. saya dipaksa. kerana kerja. tapi kenapa mesti saya? no choice, have to work on it. stress. baru nak eksaited buat development. around 10.00am, panggil wani mintak tolong dia guide macam mana nak buat module untuk user update info lepas da register masuk data dalam database. belum lama wani duduk sebelah ajar sikir-sikit, wani dapat call, dia jawab call tu, pastu terus dia stay kat cubic dia. saye pon teruskan je la build+run project tu. test punya test tak kluar output. oke, banyak lagi nak kene letak dalam action. sebab tu tak kluar outputnyer.
around 12.45pm, saye tiba-tiba hilang tumpuan. betul-betul hilang fokus. cakap kat andy kat cubic sebelah, "nak balik sekarang bole tak?". dia jawab, "boleh, baliklah". saya tahu tu bukan jawapan yang serius walaupun saye serius memang rase nak balik time tu. wani yang duduk sebelah andy [kitorang duduk sebaris sebelah menyebelah; saye, andy dan wani] perasan saye cakap ngan andy, dia terus bangun datang ke tempat saya. waktu tu saya nekad dah nak balik. hibernate laptop, cabut adapter, kemas-kemas masukkan smua dalam beg, then saya terus bangun kluar. andy terkejut. "Eh, nak gi mane? kenape, knape?". saya bangun terus berjalan ke pintu kluar tanpa toleh ke belakang. sedar-sedar da masuk kete, tarik seat belt nak gerak balik umah! memang nekad betul. nasib la kalo bos cari...
on the way nak balik, dalam kete fikiran da start bercelaru. kepala tak semena-mena saket laen macam. tiba-tiba rasa terbeban. tapi tak tahu la ape yang terbeban tu. kusut. serabut. mata dah berair nak nangis tapi tahan sebab jalan jem nak masuk ke highway kesas. kiri kanan kete berderet. masuk je kesas, meleleh air mata. emosi sungguh tak stabil. drive kete da macam orang gila gak la. dari lane kiri terus pecut masuk lane kanan, bila da nak sampai exit shah alam, pecut lagi dari lane kanan terus masuk lane kiri. macam tak sayang nyawa. alhamdulillah selamat sampai umah. naik umah, bukak tudung terus cari katil. nangis, nangis dan terus nangis kalah budak kecik. saket kepala. last-last tertido. tersedar pukul 3.30 petang. bangun solat Zohor. lepas tu terduduk lama atas sejadah.
soalnya, kenapa? kenape tetibe jadi macam ni? saye tak pernah senekad ni lari dari opis camtu je. esok rasa tak ready nak gi opis. ya Allah...tabahkan hatiku, kuatkan semangatku, tenangkan jiwaku. jangan la sampai mak kat umah bole terasa-rasa ada yang tak kene dengan saya hari ni, selalu mak bole rasa. mak tolong jangan tepon akak malam ni. bawa bertenang duhai diri.
No comments:
Post a Comment