15.3.11

I'm Leaving Scope...

Notis resign dah emel kat line manager and 'cc' skali kat team lead petang semalam. Pagi tadi masuk opis, nampak ex-line manager ngan servis manager bincang-bincang sesuatu kat cubicle team lead. Tak tahu la ape yang diorang bincangkan. Tapi sampai saat entry ni ditaip, neither team lead nor line manager panggil saya tanya kenapa saye nak resign. Hati tertanya-tanya diorang ni dapat ke tak emel petang semalam? Mustahil la tak dapat...

Tak lama pastu, nampak team lead pegi kat cubicle one of my senior. Ermm..agak-agak team lead tu bagi tau tak ek kat senior tu about my resignation? Saye cuma tengok dari jauh. Saya duduk, setting laptop macam biasa, connect to network, biarkan outlook update, then saye refresh remedy system [system yang track tickets keje untuk diselesaikan]. Tetibe rase darah menyirap naik ke muka. CMOD tickets berlambak-lambak assigned to my remedy ID. OK, fine! Speechless.

Saye harap keputusan saye untuk mengundur diri bukan silap. Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan keluar yang lebih baik selepas ini.

4 comments:

  1. bagus..

    team2 awak tu...adalah amat tidak sopan sekali buat cara macam tu

    kot ye pun team akan rasa terjejas bile awak keluar, tak perlu balas membalas..patut wish gud luck..ape daaa~~

    ReplyDelete
  2. saya pn terkena tempias situasi begitu sekarang
    T_T
    takpela.jadikan pengalaman
    (:

    ReplyDelete
  3. keputusan yg tepat dan jgn pndng ke belakang lg..terus mara ke hadapan..lg pon kn boss co baru tu kacak !! huhu :)) wish u all d best tuk abeskan sisa2 hari di scope...

    ReplyDelete