27.2.11

Ujian yang Meransang Kekuatan

Ujian dalam kehidupan merupakan lumrah kepada manusia di dunia ini. Melalui ujian, Allah SWT mahu menguji manusia siapakah yang terlebih baik amalan di sisi-Nya.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya." {al-Baqarah:155-157}

Sayid Qutub berkata, umat Islam pasti diuji dengan kesusahan agar pegangan hati mereka bertambah kukuh dan kuat, kerana kesusahan-kesusahan dan penderitaan itulah yang dapat meransang segala kekuatan dan daya tenaga mereka yang terpendam dan tersimpan. Ia dapat membuka pintu-pintu dan lorong-lorong rahsia di dalam hati yang tidak dapat diketahui oleh seorang Mukmin kecuali ia berada di bawah tekanan kesusahan dan penderitaan.

[MukminLifestyle, ANIS Mac 2011]

No comments:

Post a Comment