Menangislah.
Kadang manusia selalu sombong untuk menangis.
Lalu untuk apa air mata yang telah dicipta?
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia.
sepanjang jalan balik keje lepas Maghrib tadi, saya biarkan hati saya menangis.
sedih. gusar. bingung.
saya biarkan air mata mengalir laju selaju motor saya menongkah angin malam sepanjang lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan.
kenapa saya nangis?
haruslah sebab sedih kan?
lagi mahu tanya pulak. aish. =_='
yakinlah duhai hati,
takdir Allah itu tidak sia-sia.
ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.
bersabarlah duhai hati,
di setiap ujian yang datang pasti terselit rahmat kasih sayang dari-Nya.
bertabahlah duhai hati,
tak dilontarkannya ujian di luar kekuatan setiap diri insan.
Allah itu sentiasa dekat.
pasti Dia mendengar setiap rintihan hamba-Nya.
kerana sesiapa yang bertaqwa kepada-Nya,
pasti akan ada jalan keluarnya.
terus bersabar menuju kedewasaan...
Shah Alam, 11 Februari 2011, 8 Rabiulawal 1432H
No comments:
Post a Comment