sewaktu entry ini ditaip, si penulis sedang berpeluh-peluh menahan rasa tidak selesa satu badan. demam lagi. semalam keje half-day. around 12.30 tengah hari, pegi HQ MARA, nak jumpa Ela nak mintak tolong buat pengesahan semua sijil-sijil berkaitan untuk Selasa depan. jejak je kat depan bangunan MARA tu, toleh kanan ade eksiden. motor terbabas. terkejut. tapi tak terkata apa, tengok dari jauh, pastu terus jalan masuk.after selesai, balik opis semula kemas laptop terus keluar. sampai umah sewa, masa park motor kene tegur ngan mamat planet bundle, "balik awal hari ni kak". hanya mampu tersengih sebagai membalas teguran. singgah kat restoran umi beli nasi bungkus, then masuk kedai fotostat, beli air mineral 2 botol besar, terus naik umah. baru nak start makan, tangan dah menggigil semacam. haish, dah agak dah. abes makan, terus telan paracetamol 650mg + ubat selesema. nak tido tapi tak boleh. sebab dah masuk asar. memang tak biasa tidur lepas asar. lepas maghrib je tido tak sedarkan diri. tejaga pukul 1 pagi. terduduk depan laptop. pening kepala. minum air segelas, dua gelas. sambung tido balik. aaaaaaaaaaaa...sakitnyer badan. nape yer, tetibe demam lagi? sebab terkejut tengok eksiden semalam ke? pagi tadi kuatkan jugak diri cuci baju, kemas bilik. siap je cuci baju, badan rase nak melayang. time-time camni la rase nak balik kampong sangat. makkk........nak urut......dah agak dah, selagi tak kene urut mesti tak boleh terkejut, jadik camni la. sorry eera shee....tak dapat tolong majlis kamu. esok nak gerak pukul 7 pagi. mudah-mudahan dah kembali oke. banyak lagi bende nak buat ni. kamu perlu kuat cik umi!
tak dilontarkannya ujian di luar kekuatan setiap diri insan.
Ya Allah, aku mahu sihat untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Alhamdulillah masih bernafas...
No comments:
Post a Comment