Malam ni malam Jumaat. Lepas solat Magrib tadi teringat ayah. Terbayang muka ayah terlantar berbaring kat atas katil.
Selalunya, bila malam Jumaat, lagi 10-15 minit nak masuk Magrib, ayah mesti dah bersiap nak pergi masjid dengan baju melayu teluk belanga, kain pelekat dan berserban, dan tak lupa minyak wangi 'Malaikat Subuh'. Lepas Isyak nanti baru ayah akan balik, selalunya balik dengan membawa sedikit juadah lebihan jamuan kat masjid. Kalau ada banyak makanan lebih tak habis makan kat masjid tu, ayah akan bawak balik umah untuk bagi ayam makan esok paginya.
Siang hari Jumaat, 1 jam sebelum masuk waktu Zohor, ayah mesti dah ada kat rumah. Ayah akan tido sekejap sementara tunggu mak siapkan makanan tengah hari. Bangun tido, ayah akan makan dulu, pastu baru pegi mandi sunat hari jumaat. Mak selalu bising suruh ayah mandi dulu baru makan, tapi ayah memang degil. Tengok, sekarang perut ayah dah buncit sebab selalu madi lepas makan.
Minggu depan dah start puasa. Sedih. Sedih bila ingat ayah.
Selalunya, seminggu sebelum puasa, ayah akan belanja barang-barang dapur, beli kurma, beli susu.. tapi puasa kali ni, tak tahu la macam mana.
Selalunya malam pertama puasa, ayah dah start buat qiamulail kat masjid. Ayah akan balik rumah bila dah dekat pukul 4.30 pagi, kejutkan orang yang kat rumah bangun sahur. Lepas sahur, ayah akan marah kalau tido semula. Kena tunggu sampai masuk Subuh, terus solat Subuh, pastu baru bole nak tido. Tapi bila dah lepas solat Subuh mak pulak yang akan bising janagn tido lepas Subuh, tak baik amalkan tido waktu matahari nak naik.
Puasa kali ni, tak tahulah ayah boleh puasa ke tak. Setiap hari kene makan ubat 4 kali.
Puasa kali ni, tak tahulah macam mana dengan solat malam ayah.
Solat yang lima waktu tu pun ayah buat dalam keadaan baring.
Saya sedih.
Tapi ayah mesti lagi sedih.
Ayah mesti kene banyak sabar.
Allah takkan uji ayah macam tu kalau ayah tak mampu.
Moga ayah tabah dan sabar dengan ujian sekarang ini.
Pasti ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku pada ayah.
Bila puasa, mestilah ingat raya kan..
Raya puasa tahun lepas jatuh pada hari Jumaat.
Raya tahun lepas, ayah jadi khatib untuk khutbah raya dan khutbah solat Jumaat sebab Imam kampung pegi Mekah.
Raya tahun lepas, ayah berdiri kat atas mimbar membacakan khutbah 2 kali dalam sehari.
Raya tahun ni?
Raya tahun ni belum pasti ayah boleh berdiri.
Raya tahun ni belum pasti ayah boleh berjalan.
Saya sedih.
Ayah mesti lagi sedih.
Mak macam mana?
Hanya Allah sahaja yang tahu dah berapa banyak air mata mak yang mengalir...
Ya Allah,
walau apapun, Alhamdulillah!
Alhamdulillah kerana meminjamkan ayah.
Izinkan ayah terus bersama kami,
Ampunkan dosa-dosa ayah,
Rahmati ayah,
Sembuhkanlah sakitnya duhai Allah..







ummi sabar ea..doa2 banyak..insyaAllah Tuhan makbulkan..
ReplyDeletesmg pakcik yunus cpat sembuh..dan dapat menjalani ibadah sehari2 spt biasa..amin.
sedey :(
ReplyDeletetabah eh ummi.I can feel wat u feel right now .. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga ayah ummi cepat sembuh.amin