27.7.10

Planner

yes, I need a planner.
NO
I have to buy a planner.
tu laaa..awal tahun hari tu taknak beli diari...
padan muka!
dalam banyak2 tahun,
[sejak masuk matrikulasi]
tetibe tahun ni pulak taknak beli diari.
kan da terasa susah sekarang...
ok, takpe2, esok kalau sempat nak gi carik planner la.

ALHAMDULILLAH.....!
ayah dah kluar hospital petang tadi.
sekarang smua urusan dah kat rumah.
lebih mudah.
mak mesti penat.
Kakma pon mesti penat jugak.
tetibe rase macam menyesal tak siapkan katil untuk ayah sebelum balik semalam.

Kakma mungkin akan berhenti keje.
bukan,
tapi kene berhenti keje.
tolong jaga ayah kat rumah.
adik ada 2 orang lagi yang sekolah.
Al-Fateh nak amek SPM tahun ni.
Mutalib nak amek UPSR...

ALHAMDULILLAH...! lagi...
BKW 975.
Wee Bikers Sdn. Bhd.
terima kasih Allah...
moga-moga saya serasi dengan yang lagi satu ni.
BKJ 1287, dalam kenangan....

Hujung minggu nanti = hujung bulan,
nak balik Mersing lagi.
tadi...dapat SMS,
"salam.. Free x 30jul - 1ogos 2010..kmi nk ajak jdi fasi KAP kt lubok manggis, hulu langat.."
setakat malam ni, jawapan utk SMS tu....n.e.g.a.t.i.f.
tapi tak balas lagi SMS tu...
kemungkinan besar memang takkan pegi.
nak balik tengok ayah.
nak borak-borak lagi ngan mak.

eh, dah pukul 12 lebih laa..
ok la, kene tido.
esok kerje...

Ya Allah, permudahkanlah urusan hidupku sehari-hari.
ALHAMDULILLAHi 'ala kulli haal...
jadikan aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur...

3 comments:

  1. moto baru..
    jiwa baru
    semangat baru
    yeazzzaaaaa..

    *sila merempit dgn sopan hokeh!!!

    ReplyDelete
  2. upppssss.....baeklah (=_=)
    dah kurang rase nervous..hehe..
    tapi kadang2 kita sopan bagai nak rak, orang laen punya la tak sopannyer...perlu sentiasa berhati2. mohon sentiasa dlm lindungan Allah..

    ReplyDelete
  3. smg ummi dan family sentiasa sihat hendakNya.


    jgn merempit tau! :)

    ReplyDelete