Kata pujangga... kita akan temui semula sesuatu yang kita hilang di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik.
"In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning..."
(Dalam kehidupan ini, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran rupa-rupanya adalah satu permulaan yang baru).
Mudah-mudahan... ini adalah permulaan yang baik. Amin Ya Rabbulalamin...
Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti berlaku. Belajarlah melepaskan. Usah dicalarkan iman dengan istilah 'jika' dan 'kalau'. Innalillah, redha dan pasrahlah dengan istirja'. Walau di tangan dan di bawah mata sendiri, andai ditakdirkan hancur, terlepas dan musnah, pasti punah jua. Paling penting, bersangka baiklah... Allah akan menyelamatkan, Allah akan memberikan ketenangan dan keamanan. Pahit jadi ubat. Manis jadi madu... tetap jadi ubat.
Kita di dunia umpama layang-layang di langit takdir. Kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat, hanya di lembayung iradah-Nya. Kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak, selagi rangka masih teguh. Tapi bila tali sudah ditarik, turunlah dengan redha. Kita tidak berhak untuk terus 'terbang' sekiranya maut menjemput pulang.
petikan dari "Di Mana Dia Di Hatiku - Ust. Pharol Mohd Juoi"
No comments:
Post a Comment