19.6.10

Muhasabah Hujung Minggu

Pesan Imam Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur megingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Semak-semaklah dalam kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu... telahkah kau kuak pintu hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telahkah kau ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar kepada-Nyalah nanti aku akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, dukacita, bakhil dan penguasaan oarng lain terhadapmu.

Berilah senyuman kepada diri sendiri. Dan bangunlah, terus bersuci dan berwuduk. Basuhlah wajahmu, fikiranmu, perasaanmu, pendengaranmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka pada mukaddimah hari yang baru menjelma. Kemudian dirikanlah solat subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu. Ingat selalu, mukaddimah itu sangat menentukan natijah. Bagaimana sesuatu berakhir kerap ditentukan bagaimana ia bermula!

Rujukan: 'Di Mana DIA Di Hatiku', Ust. Pahrol Mohd Juoi

No comments:

Post a Comment