banyak mende nak cerita sebenarnye, tapi tak tahu nak start dari mane...rasa macam dah lame je tak ngadap laptop...lagi pulak my internet modem actually telah bertukar tangan kepada ofismate sejak hari khamis lepas sebab dia nak installkan kat support laptop, tapi disebabkan terlalu banyak polisi yang menyusahkan, keje yang mudah tersebut jadik susah dan delay sampai berhari-hari...dan sebenarnye hari ni pon belom setel lagi intallation tersebut.
abes, camne saye bole online? sebab...balik keje tadi merayap sat kat PAS beli modem baru...and also terminate servis yang lama sebab tukar akaun 3G yang baru...jadi, ni sekejap je la modem ni kat tangan, esok sampai ofis kene bagi kat ofismate tu untuk installkan kat support laptop itu...bila semua da setel barulah dapat balik kedua-dua modemnyer...
updates sekitar 3-4 hari lepas:
Khamis @ 24/6/2010
-masuk ofis half-day, sebelah petang start volunteering for StanChart KL Marathon 2010; duty for race entry pack collection kat Stadium Titiwangsa. first time ni la jejak tanah Titiwangsa...pusing-pusing sampai 2 kali kat stesen LRT Masjid Jamek sebab tak tahu pulak kene ke seberang jalan bila nak tukar LRT Putra ke Star..
-kat stadium dapat kenalan baru; Zatil & Falissa..diorang tolong hantar ke stesen LRT Damai after duty. sampai umah sewa dah dekat kul 11 malam..penat.
Jumaat @ 25/6/2010
-pagi masuk ofis, half-day lagi. ngadap PC sampai kul 10.45 am, balas emel, respon to biznes queries, pastu terus lari pegi LRT heading towards Masjid Jamek, then tukar tren ke Titiwangsa; volunteering for second day. on the way nak kluar ofis, nampak ramai staf dari Crystal Plaza berkumpul kat depan Menara LYL, rupe-rupenye ade fire drill..
-after duty, Falissa & Zatil sekali lagi tolong hantar kat LRT Damai...sampai umah sewa dekat kul 11 malam jugak. double penat. sebelum tido packing barang yang nak bawak keesokan pagi sebab nak tumpang tido kat umah Mak Long Murni kat Petaling
Sabtu @ 26/6/2010
-pagi-pagi kul 7.20 dah terpacak tunggu bas nak ke Bangsar. kene pegi Panggung Bandaraya yang dekat ngan Dataran Merdeka dulu sebelum ke Titiwangsa untuk briefing tugas volunteer on event day.
-after briefing, pass barang kat Murni, pastu terus gerak ke stadium. sampai je kat stadium, semua terminal in charge of race pack collection dah penuh; semua terminal dah ada system operator...so, macam dah tau nak buat ape, just tolong sikit-sikit ape yang patut..
-pukul 4.30 petang, dah rasa macam patung berdiri kat belakang terminal tapi tak buat ape-ape, last-last decide nak lariiii! contact Murni, dia ajak pegi tengok pameran MIHAS kat Jalan Duta. camne nak pegi sane? duit dalam purse tinggal 7 hengget lebih je T_T
-dengan selamba tahan teksi, pegi stesen LRT Ampang Park. tambang sebenar RM5.60, tapi pakcik tu amek RM5 je, dia kata lagi 60 sen tu sedekah. terima kaseh pakcik! terus beli tiket pegi Masjid Jamek dengan motip nak amek duet kat OCBC bank. sebab ape? sebab kalo withdraw duet dari akaun StanChart guna local bank, every transaction akan kene tolak 12ringgit! gila kan??? tapi kalo withdraw guna ATM HSBC/OCBC, kene tolak seringgit je...
-pastu call Murni camne nak gi MIHAS tu, dia cakap kak Zura suggest naki tren, turun kat Sentul, then naik cab berenti kat depan Masjid Wilayah, pastu naik shuttle van ke tempat pameran MIHAS tuu..
-Alhamdulillah, sampai jugak kat tempat pameran tu..seronok! jalan-jalan, tengok-tengok, pastu dapat minum free, makan free...hehe..macam-macam ada...konfem next year punya MIHAS memang akan pegi lagi, InsyaAllah..
Ahad @ 27/6/2010
-Murni kejut bangun tido pukul 1.30 pagi. rasa macam baru je nak lelapkan mata, tapi dah pagi dah.. bersiap-siap, then terus keluar rumah menghala ke Padang Merbok; meeting point untuk semua volunteer for StanChart KL Marathon 2010. Murni drive dengan bahagianya sebab rasa macam jalan raya tu kitorang yang punya, boleh pecut laju sebab boleh dikira dengan jari berapa ketul kenderaan yang lalu lalang pukul 2 pagi...haha..best-best!
-pukul 3 pagi start register, dapat baju, then pegi tukar baju, pakai volunteer tag, pastu terus beratur ikut kumpulan yang ditetapkan. pukul 3.30 pagi, naik bas rapidKL, pegi kat station S2; drink station yang ke-4 di laluan 20km pertama daripada laluan untuk full marathon sepanjang 42km. setup meja, tuang air dalam cup, sediakan sponge basah untuk runners yang akan lalu kat route tersebut.
-pukul 4.30 pagi hujan turun dengan lebat. habes basah kuyup walaupon pakai disposable raincoat made in China...sejukkkkk...dekat pukul 6 pagi runners dah mula sampai...sekali diorang lalu, habes sampai 5-6 cawan diorang sapu sebab nak amek air, tapi tak nak berenti; capai cawan sambil berlari; naseb baik dia tak sapu sekali si penuang air ini...huhu..
-pukul 6.45pagi, dapat arahan station close! means tugas tuang-tuang air dah tamat! yes! dah bole relax~~ kemas meja, angkat semual kotak-kotak air mineral yang belum bukak, then naik lori DBKL balik semula ke Padang Merbok.
-pukul 7.30pagi, jalan pegi Dataran Merdeka, tengok peserta-peserta yang baru nak lari dan peserta-peserta full marathon yang dah sampai finishing line..seronok tengok diorang berlari! dari jauh nampak macam semut pulak bila dah ramai-ramai lari penuh satu jalan berderet-deret..
-acara tamat sekitar pukul 11 tengah hari. sebelum blah, pegi amek sijil, pastu pegi jalan-jalan kat Masjid Jamek dengan Murni..and then gerak balik Shah Alam, sampai umah sewa dah dekat pukul 3 petang... mandi, pastu terus tido tak sedarkan diri sampai pukul 9.30 malam! naseb baek memang tengah c.u.t.i....hehe..sedap la bantai tido tak hengat dunia~~
*Seorang pelari marathon lelaki berusia 25 tahun meninggal dunia dalam perjalanan ketika dikejarkan ke hospital setelah tidak sedarkan diri selepas berlari sejauh lebih 5 kilometer untuk menamatkan kategori 10km larian individu dalam acara Standard Chartered KL Marathon 2010 yang bermula dan berakhir di Dataran Merdeka pada pagi Ahad, 27 Jun 2010...

No comments:
Post a Comment