Beberapa kehilangan baru-baru ini...
Pertama: M-Mobile kesayangan saye telah hilang hari Sabtu lepas. Tak tau camane boleh hilang, tahu-tahu jer dah takde masa dalam perjalanan nak ke Bukit Jalil untuk balik Tenggaroh. Tu la, mak dah cakap jangan balik minggu ni, degil jugak nak balik.. kan dah.. Huuu..sedih, tapi tak boleh nak nangis. Habes smua contact number hilang macam tu jer.. Jadi bingung sekejap masa perasan henpon itu hilang. Seingat saye, ada disimpan user ID & password for my cimbclicks account. Ya Allah..memang tawakkal sepanjang jalan dari KL ke Johor, mengharapkan tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Kedua: Brooch kesayangan pemberian seorang kenalan masa training kat GEMS dulu hilang masa tergesa-gesa nak naik bas dari Kota Tinggi nak ke Tenggaroh. Tersedar brooch tu hilang bila bas dah jalan.. Brooch tu simple, tapi cantik, dan mahal rasanya. Pemberian Hamizah Mokhtar; dia beli kat Sabah.
Ketiga: Saya kehilangan selera makan akhir-akhir ni, tapi bila sampai waktu makan, saya akan paksa diri mengisi perut. Maybe sebab effect food poisoning ari tu kot..memang rasa tak lalu nak makan..
Keempat: Saya juga kehilangan housemates - Eera (lame dah si dara sorang ni hilang sejak dia pindah KL), kak Enah (suka borak-borak ngan akak sorang nih, dia seorang yang rajin+sabar+sangat bertimbang rasa), kak Anis (nanti dia balik semula hujung bulan ni, stay sebulan sebab attend 3P, tapi pastu dia balik Melaka terus sebab dah abes blaja), kak Sal (mula-mula kenal kakak sorang ni tengok dia pendiam, tapi bila dah lama-lama dah rasa senang..pasni dah takde dah nak merasa roti jala dia lagi), kak Ain Din (dia jarang ada kat umah sebab selalu stay kat umah akak dia, jarang berbual-bual dengan dia, tapi saya tahu dia seorang yang baik dan menghormati privasi orang lain). Yang tinggal nanti cuma kak Khai and housemates 'baru' tapi dah lama kenal.. saye perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang baru.
Kelima: Hilang sudah homesick saye..sekaligus menurunkan level stress saye..hehe.. Walaupun balik kampung cuma sekejap, tapi dapat tengok mak, ayah, along, mizan, fateh & mutalib mengubat jiwa kacau saye.. Dapat jejak tanah laman depan rumah rasa bahagia! Ayah tanam jagung, kacang panjang & timun kat laman depan rumah. Pastu ayah ada buatkan jugak pondok orkid untuk mak. Haha..mak tak cakap ape pon, tapi ayah tetibe je buat, maybe sebab kesian tengok pokok-pokok orkid mak tak terjaga.. Bongkar bekas simpan surat-surat, kumpul bil broadband, surat amaran PTPTN, kad undangan kawen kawan-kawan.. Dengar cerita emak.. semuanya buatkan fikiran yang serabut jadi tenang..
Keenam: Hilang juga kegusaran saye mengenai status of employment at the company I currently attached to. Pagi tadi dapat emel daripada line manager, dia mintak updated resume & completed employment confirmation form sekali dengan 2 keping gamba passport with white background. Alhamdulillah..contract sebagai GT (Graduate Trainee) akan tamat hujung minggu ini. Means, saya bakal menjadi staff rasmi starting next week (^_^). Ya Allah, permudahkanlah semua urusan~~
"Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menderita apabila kehilangannya nanti disebabkan kecuaian anda sendiri."
saya mahu memenuhi hari minggu anda dengan melepak bersama kawan2 yang saya suka!
ReplyDeletebole?