17.5.10

Emosi Tak Tertakrif

Yes, emotion undefined.

Dari malam tadi sampai ke pagi ni, tak bertegur sapa langsung ngan kakak-kakak housemates. Adekah saye moody sekarang? Entah. Diorang takde cakap ape-ape pon. Saye diam je lah.

Saye penat.

Jumaat malam - Mid Valley Megamall
*Juju belanja makan kat Domino's Pizza [first time ni makan Domino's Pizza], ada Ela & Murni sekali; Ela's farewell party??? owh, tak mau komen pasal ini. Saye sedih.
*maen bowling 1 game, score 64

Sabtu pagi, cuci bilik air dalam master bedroom. Penat giler, sental lantai, dinding, toilet bowl smua-smua. Pengsan.

Sabtu tengah hari - Pusat Komersial Seksyen 7
*Lely belanja lunch kat Pizza Hut[walopon dekat je ngan umah sewa, tapi ni first time lepak kat sini ni sebab tak mampu kot...hehe..]

Sabtu petang - UiTM Shah Alam
*jenjalan masuk fakulti kesayangan ngan Irda & Arip, amek gamba ngan mereka-mereka yang excited dapat jubah konvo; Fatin, Eera, Lely & Min

Sabtu malam - 1 Utama Shopping Centre
*maen bowling lagi, 1 game, score 53 [masuk longkang 3 kali turn berturut-turut]
*Irda belanja dinner kat Kenny Rogers [first time gak makan Kenny Rogers nih]

Ahad pagi - Pusat Komersial Seksyen 7
*sarapan nasi lemak + roti canai sambil borak-borak ngan Fatin, Eera & Irda

Ahad tengah hari - gerak ke Rawang
*konvoi 2 kereta; Arip's Wira(Eera, Fara & Mohamad adik Fara) & Jijah's Swift(Irda, Fatin & Me) [first time naik Suzuki Swift nih, best2...thanks Jijah ^_^]
*lepak-lepak lagi, main air kat Sungai Kanching

Ahad petang - Tesco Rawang
*Lely belanja makan kat kedai Santai [kali ke-2 Lely belanja makan, Terima Kaseh kakak!]

Ahad malam, cuci baju [separuh hantar dobi, separuh cuci tangan], kemas bilik, tolak-tolak katil..hehe..kedudukan katil yang asal telah menyebabkan saye tidak boleh melelapkan mata dengan aman. Saye perlu tukar. Bila dah dapat tidur dengan lena dan aman, tup-tup tersedar dah pagi.

Isnin.

Kerja.

Ya, hari ni first day saye officially work for Scope International (M) Sdn. Bhd.

"Ya Allah,
Andainya ini yang terbaik untukku,
Berikan aku kekuatan untuk meneruskan
apa yang telah aku mulakan sejak dari awal,
Moga-moga segalanya bisa berakhir dengan kebaikan untuk duniaku dan akhiratku..
Temukan aku dengan ketenangan dan kesenangan
di sepanjang lorong kehidupan yang kujejaki ini
Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Mu..."

1 comment: