Muzik.
Muzik ni pelik. Sebab pada yang lapar, boleh kenyang dibuatnya dengan dengar muzik je. Sementelah orang yang jiwanya padu boleh jadi lemah kalau dengar muzik yang lemah, merosak jiwa. Sebab tu, dengar muzik kena bijak jugak. Tak boleh borong begitu je, sebab sesetengah muzik memang tak sesuai dengan kehendak dalaman kita sebagai manusia. Ia boleh merosakkan.
Berapa ramai orang jadi rosak oleh muzik yang tak kena? Jangan makin dengar muzik makin lemah jiwa anda. Islam tidak melarang umatnya berhibur. Tapi yang salahnya bila muzik yang didengar itu membuatkan kita lentuk, makin khayal sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang hamba yang mempunyai tanggungjawab fardhu yang wajib dilaksanakan. Muzik dan hiburan tidak ubah seperti gula atau garam dalam makanan atau minuman. Kalau terlebih, rosaklah makanan atau minuman itu.
Saya mahukan pagi yang tenang.
Telinga saya rasa sangat panas pagi ini. In fact, pagi sebelum-sebelum ni pon memang dah rasa panas tapi cuba bertahan. Tapi, selama mana saya boleh bertahan? Saya juga manusia biasa yang punya kesukaan dan ketidaksukaan yang tersendiri. Sepertimana orang lain mahukan privacy, saya juga mahukan hak tersebut. Saya mahukan pagi yang tenang dan aman untuk saya mulakan hari-hari saya. Terasa begitu mendidih telinga ini bila berpagi-pagian dengan irama barat yang entah apa maksudnya. Saya tidak boleh terima itu! Fikiran saya dengan tidak semena-mena rasa berserabut seserabutnya irama yang berkumandang itu. Hati saya jadi gelisah tidak menentu mendengarkan lagu-lagu berbahasa antabangsa nombor satu itu. I do listen to English songs but not in the morning after sujud memohon diberikan rahmat sepanjang hari yang bakal dilalui.
Dulu sewaktu belajar di matrikulasi, pagi-pagi yang dilalui sungguh menenangkan. Bangun seawal jam 5.00 pagi, saya punya banyak masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti sewaktu menuntut di sekolah menengah. Sempat mencuci pakaian yang kotor selepas solat Subuh, sempat menyelak helaian-helaian nota dan buku rujukan, sempat bersarapan sambil berborak-borak dengan roomate, sempat menjamu mata dengan kehijauan pepohonan kelapa sawit yang luas terbentang. Hati rasa tenang dan lebih bersedia melangkah masuk ke dewan kuliah untuk menadah ilmu walaupun di dalam kepala berserabut dengan silibus yang begitu banyak perlu dihadamkan dalam masa yang singkat.
Menjejakkan kaki ke IPTA, selama 4 semester duduk di kolej, pagi saya juga masih dirasakan tenang. 2 semester awal di kolej, saya berhousematekan 2 orang dara dari pantai barat; seorang dari Sarawak, seorang lagi dari Kota Kinabalu, Sabah. Mereka berdua penganut agama Kristian. Pernah beberapa kali saya lewat terjaga, salah seorang pasti akan mengejutkan, lantas mengingatkan untuk saya bersolat Subuh. Pagi saya rasa terurus! 2 semester terakhir pengajian, pagi saya di rumah sewa juga masih di tahap terkawal walaupun selalu lewat ke kelas kerana menyiapkan assignmentsssss di saat-saat akhir.
Berikan saya sedikit ruang.
Saya cuma mahukan sedikit ruang dan peluang untuk saya menikmati pagi yang tenang tanpa sebarang pencemaran bunyi yang bagi saya sungguh membingitkan itu. Kalau muzik yang dipasang itu berupa alunan nasyid atau lebih bagus alunan zikir-zikir, pastinya hati rasa bahagia dihidangkan sarapan rohani. Tapi saya berasa sungguh hampa, kecewa pagi saya dinodai bunyi-bunyian yang menggelisahkan jiwa. Saya diam bukan bererti saya suka. Diam saya kerana cuba bersabar. Hormati privacy orang lain.
A little bit of confession.
Akhir-akhir ini saya rasa begitu rimas. Rimas dengan keadaan rumah yang agak macam kapal karam. Rimas juga dengan perangai housemates yang semuanya berpangkat kakak. Sampai kadang-kadang rasa malas nak layan. Tapi tak boleh la macam tu kan? Hidup berkongsi ni memang banyak kena sabar. Saya faham ada ramai orang dalam rumah sekarang, dan setiap orang juga membayar sewa dan bil-bil yang sepatutnya. Mereka punya hak untuk memperlakukan rumah itu seperti rumah mereka. Tapi...saya rasa kehilangan ruang. Sangat. Pergerakan jadi terhad. Kepala rasa sungguh berserabut melihat suasana rumah. Tingkap penuh dengan towel dan baju-baju. Sungguh saya tidak sukakan suasana itu! Tapi apa yang boleh saya buat? Bertahan. Bersabar. Ya, saya berusaha. Tapi kadang-kadang emosi tak dapat bertahan, terkeluar juga kata-kata marah dan memek muka geram. Maafkan saya. Kadang-kadang mempamerkan rasa marah itu perlu.
Lagi satu, saya rasa sangat tak best bila tengok kakak-kakak housemate saya dengan selamba berborak-borak panjang sambil mengadap laptop melayan stok-stok cerita pada waktu Maghrib seolah-olah macam waktu Maghrib itu sangat panjang. Bila jam dah menunjukkan ke angka 8 malam barulah masing-masing bangkit untuk menunaikan solat Maghrib. Saya risau. Subuh juga begitu. Hujung minggu malah lebih parah. Saya akui saya juga kadang-kadang Subuh gajah juga, tapi saya cuba usahakan itu tidak berlaku setiap hari.
Adalah sangat tak best bila tersedar, tengok jam dah melepasi pukul 6.30 pagi. Tapi saya tak faham kenapa mereka rilex-rilex saja.
Dah la, banyak pulak membebel nih...mengharap hari-hari yang mendatang akan sentiasa lebih baik... Terima kasih ya Allah kerna masih mengizinkan ku bernafas hingga ke saat ini.
sabar..sy fhm rasa kamu..
ReplyDeletemau bw kamu lari.. tp sy pun xtahu nk bwkan ke mana.. sbr ye..
hidup inih punuh cabaran..meh2 duk umah sayep, ade bilik kusung
ReplyDeletecik 4L: pagi tadi dgn selamba saya stopkan lagu yg sedang rancak berdendang. puas. tapi esok mesti akan kedengaran lagi...saya perlu bersabar lagi..
ReplyDeletehakak lely: hakak duk kat mane? kalo dekat boleh jugak mencuba tempat baharu~~
saya malas nak cakap "sabarlah umi".sebab tak sampai ke mana kalau hanya dibibir.tapi, kalau boleh tutup, tutup je..kalau boleh pelan..pelankan aja..kalau boleh tegur..tegur aja...kalau boleh rosakkan..rosakkan aja *ps:jgn jahanamkan suda.haha..
ReplyDeleteHaj, many thanks!
ReplyDeleteReally appreciate the good advice (^_^)
suka part "kalau boleh rosakkan..rosakkan aja" haha.. nak cube la nanti..hik3...