Malam tadi, lepas solat Maghrib masuk bilik kak Khai bincang pasal rumah sewa. Sebelumnya, balik dari keje semalam, dah bincang ngan kak Anis pasal bende yang sama. Kak Anis cakap, kak Ain Din taknak bayar sewa untuk bulan 5 & 6; means after this sape-sape yang ganti diorang (kak Ain Din, kak Anis & kak Sal) tak payah bayar deposit. Ok.
Bincang punya bincang, amek kata sepakat, starting bulan 5 ni, kalo 7 orang, sorang akan bayar RM107++. Tapi kalo cuma 6 orang atau kurang, bayaran setiap bulan akan dikira ikut bilik; bilik kecik RM125, bilik tengah RM 250 dan master bedroom RM375. Apepon yang terjadi, selagi boleh, satu rumah taknak lebih dari 7 orang. Muktamad. Agreement yang sepatutnya kak Khai pegang, bertukar tangan kepada saye.
Maka setelah perbincangan selesai, terus sahaja memaklumkan perkara tersebut kepada kak Afni, kak Ainun & Zila (kak Yaya tengah mandi waktu tu, Ida balik Johor). Waktu tengah explain kat diorang, kak Anis hulur sampul surat berisi agreement yang telah ditandatangan sebelum ni. Ada reaksi seperti kurang selesa. Tak pasti. Terpulang.
*Turut dibincangkan malam tadi:
-Eera tak jadi masuk rumah semula
-Penggunaan ruang tamu
-Penggunaan bilik air belakang & bilik air dalam master bedroom
-Nak mintak kat tuan rumah masukkan katil
-Kunci rumah, kunci peti surat
-Rumah akan konfem clear by end of June; kak Anis & kak Enah akan buat clearance masa konvo nanti, kak Sal & kak Ain Din akan bawak kluar smua barang maybe by end of May
Harap takde isu la lepas ni. Kak Anis kata, dah lama kak Izan (tuan rumah) tak datang jenguk rumah. Bimbang jugak kalau dia datang dalam masa terdekat ni, sebab keadaan rumah sekarang memang serabut.
Owh yer, nak cakap, bil air yang terbaru RM100++. Sekarang dalam rumah ade 11 orang. Normally kalau duduk 7 orang, bil air around 40++..
sy rase lega.. semoga kamu bahagia n tenang lepas ni.. alhamdulillah..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteKo ok ke mi?? Lps bce, rse cm xsedap hati plak..
to cik 4L: ameen..harap-harap begitulah..
ReplyDeleteto cik 1DiE_117: wsalaam..so far ok jer lagi..apepon, kene tunggu masuk bulan 5 ni la utk make sure ape yg akan terjadi lepas ni.. anyway, thanks for your concern (^_^)