yes, my level of stress exceeds its normal. physically, emotionally unstable =_='
Menahan lidah daripada melontarkan isi-isinya yang menyakitkan hati orang lain tatkala kita memang terasa untuk melakukannya memang sangat sukar dilakukan.[memang bukan mudah...]
The secret of life isn’t what happens to you,but what you do with what heppens to you. Help other people to cope with their problems and your own will be easier to cope with. [saya dah cuba sedaya yang mampu.]
Iman itu letaknya di hati, dan dibuktikan dengan amalan. Sebab itu, bila kita hendak menyatakan kekuatan keimanan kita, maka lihatlah pada amalan kehidupan kita. [kalau hubungan dengan Allah tak terjaga, hubungan dengan manusia apetah lagi...moga saya sentiasa beringat, "Inna solati wa nusuki wa mahyaya wamamati lillahi Rabbil 'Alamiin"]
Ada kalanya kita dah rasa stabil, rasa keimanan kita meninggi, ada kalanya kita akan terleka dan terlalai. Lantas alpa menolak kita ke gaung kesilapan. Dan ketahuilah, kesilapan itu sendiri adalah satu ujian. Dan di dalam ujian itu ada hikmah yang besar daripada Ar-Rahman. [peringatan untuk diri sendiri]
Kita
Tercipa kita di dunia
Menjadi hamba yang setia
Hanya pada Yang Maha Esa
Sementara kita di dunia
Menghadapi segala cabaran
Tabahlah dan bersabar
Ingatilah kepada Yang Maha Esa
Dan taatilah segala perintah-Nya
Hindarilah segala larangan-Nya
Moga hidup kita diberkati
Kita manusia biasa
Penuh dengan noda
Yang tiada terkira
Usah rasa kecewa
Pohonlah kepada-Nya
Jangan dipersia
Kita manusia biasa
Ada kelemahannya yang tersendiri
Insan ayuh sedarlah
Insafilah semua
Tercipa kita di dunia
Menjadi hamba yang setia
Hanya pada Yang Maha Esa
Sementara kita di dunia
Menghadapi segala cabaran
Tabahlah dan bersabar
Ingatilah kepada Yang Maha Esa
Dan taatilah segala perintah-Nya
Hindarilah segala larangan-Nya
Moga hidup kita diberkati
Kita manusia biasa
Penuh dengan noda
Yang tiada terkira
Usah rasa kecewa
Pohonlah kepada-Nya
Jangan dipersia
Kita manusia biasa
Ada kelemahannya yang tersendiri
Insan ayuh sedarlah
Insafilah semua
Kata Ust. Hasrizal,
ROH ITU DEKAT DENGAN ALLAH
Saya mengambil peluang untuk mengingatkan diri saya dan Abdellah bahawa jasad fizikal kita mungkin tidak terasa dengan dosa. Tetapi hati, roh dan jiwa kita terseksa.
“Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah” saya menamatkan bicara di situ.
Bukankah semasa di alam roh, Allah berbicara secara langsung dengan kita dan kita menjawabnya secara langsung dengan Dia? Demikianlah kebersamaan kita dengan-Nya. Membawa diri kepada zikrullah, membaca kalam-Nya dan bertadabbur menghayati ciptaan-Nya, semua itu adalah perjalanan roh yang kita bentangkan untuk ia kembali ke asalnya. Dekat dengan Dia. Semakin banyak kita berdosa, meninggalkan solat dan al-Quran, melayan nafsu dan mengikut jejak langkah Syaitan, bererti semakin jauh roh kita mengembara meninggalkan asalnya. Semakin jauh daripada Allah, semakin kehilangan bekal dan semakin sesal dan bebal dengan kegundahan yang ditanggung.
Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati bahawa dia memanggil tuannya kembali ke asal. Kepada Tuhan.
Saya bermusafir di Eropah, tinggal di kota besar seperti London, namun saya masih mencari kampung. Mencari padang hijau dan burung undan berenang di kali. Saya bertemu tenang di situ kerana saya berasal dari kampung. Kembali ke suasana kampung bererti membawa diri kembali ke asal. Ada tenang di situ.
Malah tatkala saya memeluk ibu dan mencium tangannya, hilang semua resah di jiwa. Masakan tidak, saya berasal daripada dia. Mencium dan memeluknya adalah kepulangan saya kepada asal.
Itulah sifir kehidupan.
Tatkala resah membelenggu diri, kembalilah ke asal. Kembalilah ke kampung, kembalilah kepada bonda, kembalilah kepada Dia, Allah yang asalnya dirimu dekat dengan-Nya.
saya mahu pulang ke kampung halaman...dah lama tak pijak tanah depan rumah..nak balikkkkkkkkk...huh.
No comments:
Post a Comment