18.4.10

Cerita Eksiden Langgar Lembu Pendek

Sabtu dan Ahad dihabiskan dengan aktiviti membesarkan badan; makan, tido, makan lagi, tido lagi, dan lagi makan, lagi tido..plus tengok anime One Piece dari episod 147 - 173. Memang betol-betol buang masa kan? ishk..ishk..ishk.. Sempat habis juga baca buku "Buat Jangan Tak Buat" tulisan Dr. HM Tuah. Ape nak buat? Nak kluar jenjalan takde bajet... SMS Cik Ting ajak kluar pon tidak bisa dibalas kerna kredit sudah expired dan tidak mampu untuk ditopup dalam masa terdekat ini. =_=' Maaf yer Cik Ting..Saya perlu bertahan!

Nak cerita ni..

Pagi Ahad, mak tepon, cerita pasal eksiden petang Sabtu masa balik dari hantar ayah pegi Kursus Guru-guru Quran Daerah Mersing kat Hotel sri Malaysia Mersing. Minggu lepas mak ada tepon, cakap ayah tak sihat, tekanan darah naik tinggi sampai ayah kata dia rasa macam sebelah badan tak boleh nak gerak; macam nak half paralyze. Nauzubillah...Ya Allah, mintak dijauhkan. Along berkeras nak bawak ayah pegi hospital, tapi ayah tak nak. Berjaya pujuk ayah pegi klinik je. Memang susah nak pujuk ayah pegi hospital kalau dia sakit. Last-last, abang long bawak ayah pegi berurut. Alhamdulillah, bila mak bagi tau ayah pegi kursus tu, lega rasanya.. sebab itu bermakna ayah kembali normal. Terima kasih Allah!

Cerita pasal eksiden petang Sabtu tu, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam. Dah dekat maghrib dah waktu tu. Along drive, mak duduk sebelah. Jalan Mersing-Jemaluang kebiasaannya memang tidak banyak kenderaan yang lalu lalang. Sebab memang dah familiar dengan jalan tu, along drive laju. Tiba-tiba entah macam mana, mak cerita, ada sekor babi hutan tetibe kluar dari semak tepi jalan raya lalu merempuh kereta yang dipandu Along. Mak menjerit. Along cuba mengawal stereng sebaik mungkin. Kereta sedikit terbabas sampai makan jalan sebelah. Mujur sahaja sewaktu kejadian tidak ada kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Oleh kerana sang babi itu badannya besar, habes pecah lampu depan, tambah lagi kemek bahagian depan kereta. Mak mengucap panjang. Alhamdulillah mak dan along tak cedera.

Mak cerita lagi, along punye geram, sampai dia cakap, "Memang babi betol la.." Haish...berderau darah saya dengar mak cerita begitu. Kisah eksiden ini masih lagi dirahsiakn dari pengetahuan ayah. Mak takut ayah terkejut, bimbang naik pula karang darah ayah. Tapi nanti bila ayah nampak kereta tu kemek, mestilah mak kene ceita jugak kan. Harap ayah dapat terima secara relax. Tapi pasti serabut kepala ayah mana nak cekau duit nak repair kereta tu nanti. Tetibe rasa macam nak belikan ayah kereta baru lepas dengar cerite mak. Tapi dengan keadaan sekarang, owh, tidakkkk...saya masih belum mampu!  Teringat pulak kata-kata abang Kacuk masa raya ari tu, "Mi, ko nanti dah keje kene belikan ayah ko kereta baru. Takde la Pak Lang pakai kereta buruk ni.." Yer, kereta ayah memang dah makin buruk. Diakui.

Hurmm...banyak perkara bermain-main di fikiran. Perancangan masa depan harus diatur dengan lebih serius selepas ini. Mengharapkan Allah mempermudahkan segala urusan yang dirancang. Walaubagaimanapun, moga hati tetap redha dengan segala yang Allah tentukan.

Berusaha terus pasti dapat.

Kata Dr. Tuah, "...selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita tidak akan terkecuali daripada akan beroleh apa yang kita hajati itu. Ini hukum alam, walaupun tak semestinya sifir ini menjadi, tapi selalunya menjadi. Yalah, kadang-kadang kita dah berusaha keras, tak jugak dapat. Itu takdir namanya. Berusaha keras itu sendiri berpahala.. Jadi, tak apa kalau tak tercapai. Sebenarnya bukan tak tercapai, tapi belum tercapai. Siapa tahu apa yang akan terjadi esok hari? Kalau berusaha, ada harapan dapat dan selalunya dapat. Tapi kalau langsung tak, selalunya tak dapat. Percayalah. Jadi, usah berhenti berusaha."

No comments:

Post a Comment