Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya...
1. Surah Al-Anfal (ayat 66)
Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.
2. Surah Ar-Ra'd (ayat 26)
Allah meluaskan rezki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).
|=_='|
Saya gagal test JPJ kereta (bahagian jalan raya) hari ini. Sedih. Tapi saya yakin, takdir Allah itu mengatasi segalanya. Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku...nampaknya plan sedia ada perlu diubah, mudah-mudahan plan yang baru lebih selari dengan takdir-Nya. Ya Allah, tidak ada sesuatu yang mudah melainkan Engkau jadikan yang susah itu mudah.
Nak cerita sikit ni, masa menunggu untuk buat test jalan raya, telah berlaku eksiden di depan mata. Seorang calon lelaki gagal mengawal kenderaannya sewaktu melakukan parking, secara tiba-tiba melanggar 2 buah kereta calon lain yang sedang melakukan ujian; mungkin tertekan pedal minyak terlalu kuat. Satu kereta, pecah cermin belakang, dan satu kereta lagi kemek di bahagian depan. Ujian ditangguhkan hampir setengah jam untuk mengalihkan kenderaan yang rosak. Mujur sahaja calon lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Yang pasti 2 orang calon perempuan yang berada di dalam kereta yang dilanggar, menjadi trauma akibat terkejut dilanggar secara tiba-tiba. Saya yang melihat tidak dapat berkata apa-apa. Ramai yang menjerit. Agak ngeri! Pegawai-pegawai JPJ yang berada di tempat kejadian menggeleng-gelengkan kepala...juga saya..ya Allah..memang malang itu tidak berbau.
Bila tiba giliran saya melakukan ujian untuk jalan raya, hati tersentap bila dapat tau yang akan test itu adalah seorang pegawai JPJ perempuan. Muda. Cantik. Hati rasa tak sedap bila masuk dalam kereta...dan..nah..saya gagal sewaktu di persimpangan traffic light jalan besar...kereta berundur ke belakang tanpa disedari, lalu menggelabah dan tiba-tiba enjin mati...apalagi kan, "Awak keluar sekarang" Bila stereng bertukar tangan, maka bermulalah sesi bebelan yang panasssss keluar berdebuk debuk. Baiklah, saya tahu saya salah. Tapi nak cakap, saya kecil hati dengan cara beliau.
Walau apapun, terima kasih ya Allah! Ku tahu Engkau punya rencana yang lebih baik untukku.
Notakaki: Huhu... rasa macam nak menanges masa dia suruh keluar kereta tuu...melayang lagi la RM150 next 2 weeks..haisshhhh...[hep, hep, mengeluh pulak..salah sendiri laaa..padan muka!]
cik r3alfarhha: eh..metro driving kan konsep nye byar sekali dan belaja sampai lulus..kene bayar jugak ke kalau gagal??
ReplyDeleteyep, saye kene bayar sbb saye tak amek pakej sampai lulus tuu..saye amek pakej student..huhu...
ReplyDeleteseratus lima puloh! hurm~~
salam, dear ummi..
ReplyDeletesabar eh..sue dulu test JPJ pon kene dgn pompuan mude yg "ek" dan garang..
rasenye org selalu sebut klu kene dgn jpj pompuan mmg die xkn bg lulus unless yg calonnye tu lelaki (cas lain2..bisele tu)..
sue pon kene tengking mase bwk kete..tp wat muke toye..malas layan..alhamdulillah..lulus..
biasela kan manusia..bile ade pangkat dgn kite yg xtau pape selalu di perlekehkan..-_-
All the best Ummi! dont worry!
to cik sueabubakar: many thanks su!
ReplyDeleteinsyaAllah lepas ni mmg akan ingat sampai bila2 la pasal kereta terundur tu..
mudah-mudahan pasni repeat terus lulus la kan..tak sanggup dah nak ngadap Metro Driving Academy ituh.