11.3.10

Kejernihan Hati dalam Kelembutan Kata

Kejernihan Hati dalam Kelembutan Kata

[Adaptasi dari sebuah kisah benar yang berlaku di suatu pagi dalam bulan Rabi'ul-Awwal yang cerah...]

Ieda: "Eh, awak dah siap. Awak tak sarapan ke? Ke awak puasa?"

Zila: "..."

Zila hanya senyap tidak berkata apa-apa, sambil tangan mencapai roti lalu duduk di atas kerusi tempat belajar Afni. Penutup marjerin Daisy dibuka, kemudian sudu diambil, dikaut sedikit matjerin lalu disapukan ke roti Gardenia.

Ieda: "Awak tak nak gula ke? Saya ambikkan yer.."

Ieda berlalu ke dapur mengambil gula pasir untuk ditaburkan ke atas roti yang telah sisapukan dengan marjerin. Bila Ieda kembali ke ruang tengah rumah sambil membawa bekas berisi gula pasir, Zila bangun dari kerusi tempat duduknya tadi memegang plastik berisi roti dan bekas marjerin kemudian duduk di lantai yang beralaskan tikar plastik yang kian lusuh dimamah mentari siang yang agak panas sejak akhir-akhir ini. Mereka sarapan bersama-sama.

Saira baru sahaja selesai membersihkan diri di bilik air yang terletak di dalam bilik tidur utama. Dia keluar dari master bedroom lalu masuk ke bilik tengah untuk mengambil baju sambil berkata, "Awak makanlah peanut butter saya. Macam tak sudi jer...". Selepas menyarungkan kain separuh, Saira berjalan sambil menarik zip kainnya menuju ke rak milik Afni untuk mengambil peanut butter Lady's Choice miliknya kemudian menghulurkannya kepada Zila yang sedang asyik mengunyah roti. "Owh, strawberry ke...saya tak makan."

Peanut butter dengan stripes perasa strawberry itu bertukar tangan kepada Ieda. Penutup diputar..."Eh, belum bukak lagi..." Dengan pantas Saira mencelah, "Eh, bukak la peanut tu, saya pun nak jugak nanti.." Ieda mula menarik sealer pada bahagian atas bekas penaut butter itu sambil berkata, "Saya buatkan untuk awak yer..." Saira membalas, "Terima kasih awak..."

***

Kekeruhan Hati dalam Kekerasan Tuturkata dan Tingkah Laku

Jam tangan bulat Quartz di pergelangan tangan kanan menunjukkan ke angka 8.03 minit pagi. Dari tempat menunggu bas di persimpangan masuk ke Pusat Komersial Seksyen 7, dapat dilihat dengan jelas sebuah daripada 3 buah bas rapidKL yang berada di persimpangan empat di hadapan Pintu Masuk 2 UiTM Shah Alam memberikan signal untuk membelok ke kanan menuju ke arah deretan pelajar-pelajar UiTM yang sedang beratur menantikan kedatangan bas bernombor T604.

Mata berkelip-kelip penuh harapan moga-moga bas yang memberikan signal itu tadi adalah bas yang bernombor U601. Menunggu dengan sabar di celah-celah barisan bakal graduan universiti itu, tiba-tiba hati bersuara girang, "Yes, itu dia 601!" Seorang gadis yang berdiri di sebelah kiri menghulurkan tangan kirinya memberi isyarat untuk menahan bas tersebut. Ternyata seawal bas itu melepasi persimpangan empat tadi, lampu signalnya terus bertukar dari kanan ke kiri menandakan ia mahu berhenti; untuk menurunkan orang barangkali...

Sebaik bas itu berhenti, pintu depan dan pintu belakang terbuka. Seorang perempuan turun dari pintu belakang. Bas berhenti agak jauh, jadi dengan perasaan tak sabar, cuba mencelah ke kiri dan ke kanan barisan student yang panjang itu untuk ke pintu depan bas. Hati tiba-tiba rasa panas dan bengang bila terpandang seorang pakcik yang memakai jaket biru gelap berlogo rapiKL cuba bertanya sesuatu kepada pakcik driver bas U601 itu. Tanpa sengaja, terkeluar beberapa patah perkataan kasar, "Ishk, memang k.e.j.i. la pakcik ni..(kalo tetibe dia nak buat magic melampau nak tukarkan bas 601 ni jadik 604-- ayat ni tak terkeluar secara jelas, cuma terlintas di dalam hati.)"

Apalagi, kaki dihayun laju dengan muka bengis; tiada riak senyum, tanpa menghiraukan ada mata-mata yang memandang sinis; menafsir tindakan terburu-buru seorang gadis berbaju kurung biru bertudung lerang '60 yang berjalan ganas tanpa memperlihatkan tingkah laku lembut lagi sopan di khalayak ramai.

Sampai kat pintu depan bas, terdengar pakcik driver yang berketurunan India itu berkata, "Tak boleh, ini bas 601 tak boleh tukar...memang time ini jalan punya..." Maka, legalah hati...pasti itu adalah bas U601 yang akan terus ke perhentian bas Seksyen 2. Dengan langkah kiri tanpa Bismillah, terus membawa diri masuk ke dalam perut bas sambil tangan kiri menayangkan pas rapidKL bernilai RM100.00 kepada pakcik driver itu.

Bila dah duduk, baru tersedar - permulaan hati hari ini sungguh tidak menyelesakan sekali. Astaghfirullahal'aziimm...[dalam hati mohon keampunan dari Allah, juga mohon moga hari ini dilapangkan minda, terus bersabar untuk menghadapi segala macam situasi mendatang...]

Dalam tunduk, sebuah doa dipanjatkan...
"Alhamdulillahillazi sakhkhorolana haza wama kunna lahu mukrinin, wa inna ila Rabbina lamunqalibuun..."

Muhasabah untuk berubah!

1 comment: