9.1.10

En Route To Mecca

Menuju ke Makkah: Catatan Perjalanan Sepanjang Zaman
Zaman menceritakan satu kisah perjalanan yang meliputi destinasi yang dituju, diperkasakan dengan faktor lain yang menjadikan ibadah haji lebih bermakna. Kesan daripada perjalanan ini bukan sahaja dapat dilihat daripada pemikiran dan perlakuan jemaah, malah ia juga boleh dilihat pada hasil kerja seni!
Perjalanan haji tidak berakhir di Makkah. Ia berterusan sehingga jemaah pulang ke kampung halaman masing-masing. Menjadi tetamu Allah di rumahNya yang suci merupakan idaman bagi setiap umat Islam. Ia adalah laluan yang penuh dengan keikhlasan, keazaman dan iltizam serta keindahan yang tiada tandingannya. The greatest gathering on earth.

Alhamdulillah...Allah izinkan menjejakkan kaki ke Muzium Kesenian Islam Malaysia yg dihajatkan beberapa hari lepas. perjalanan ke sana juga tidaklah begitu sukar. Terima Kasih Allah! Thanxz to Juju yg sudi menjadi peneman aktiviti yg selalu dikatakan membosankan bagi mereka2 yg tidak berminat..["ada aku kesah??? i don't care~~ korang tak minat, tu korang punye pasal la kan.."]

Kluar rumah seawal jam 9 pagi [awal ke? matahari dah pon menyinar terang benderang, perasan awal pagi konon..hampeh!]. Setelah terlepas 2 bijik bas [seranas & rapidKL U601] yg berada di depan mata tapi tak dapat dikejar kerana berjalan secara sopan [ceehh..sopan la sangat kan..], akhirnya naik la the next seranas, turun kat seksyen 2, tengok jam dah dekat kul 10. Juju yg sabar menanti cakap bas rapid U80 yg ktorang nk naik tu adalah bas yg keempat! [huhu..maaf yer juju, nk buat cmne, da terlepas bas..]. Bayar RM2.50, turun kat bus stop KL Sentral. pastu menapak masuk ke dlm KL Sentral nak cari sarapan. Jalan punye jalan, last2 decide nk cari roti kat 7-Eleven. Bila da masuk kat 7E tu, tetibe mata terpandang deretan nasi lemak, nasi goreng & bihun goreng dlm bekas mcm tupperware yg putih lutsinar tu [ape ntah name bekas tu yg betul, nk sebut tak tahu]. tengok harga, RM1.80, hmm..not bad la kalau nk compare ngan kedai makan sebelah 7E tu yg jual nasi lemak bungkus daun pisang seciput kecik dgn harga RM2.00..[rase mcm menyesal plak tak sarapan dulu kat umah sebelum kluar]. So, pilih beli la nasi goreng + susu coklat. Juju pilih bihun goreng + susu tanpa coklat [kalau tak silap laa..hehe, lupe plak..]

Lepas sarapan, ktorang pegi kat tempat teksi. Punyer la tunggu kat depan teksi tu, tapi pakcik2 teksi kat situ buat tak tahu jer..rupe2nyer, ada sistem kupon..hihi..tak tahu la pulak kene ada kupon nak naik teksi kat KL Sentral ni kan..pegi kat kaunter kupon teksi tu, Juju cakap nk pegi Muzium Kesenian Islam, bayar RM7.00 (untuk satu teksi, so, share ngan Juju la - sorang RM3.50). Bila teksi da jalan, uncle yg yg drive tu tanya, "ini tempat mau tengok barang ka tempat semayang?" [uncle tu cina, so cara dia cakap tu paham2 la kan..]. I said, "tempat tengok barang uncle, ada pameran" Ktorang tak paham maksud uncle tu cakap -[tempat tengok barang = Muzium Negara, tempat semayang = Muzium Islam..] So, terkejut la bila sampai kat depan Muzium Negara, uncle tu cakap dah sampai, then dia suruh ktorang turun. haa..pulak.."Ktorang nk pegi Muzium Islam uncle, bukan Muzium Negara". uncle tu cakap, "sini la tempat tengok barang, you turun sini la. kalau tak mau turun sini, saya tak tau, ni you salah beli kupon.." Ishk uncle ni, ntah2 dia yg tak tau..ade pulak cakap ktorang yg salah beli kupon? Ktorang tak nak turun, so nak tak nak uncle tu jalan la lagi..tak lame pastu, jumpe kawan2 uncle tu yg sama2 bawak teksi, dia stop jap, pegi tanya tempat yg ktorang nk pegi.

*****

Akhirnya, sampai lah ke destinasi yg ingin dituju..sabo je la uncle ni, ade ke Muzium Islam ni dia cakap tempat
semayang? Tahulah muzium ni kat sebelah tempat 'semayang' = Masjid Negara, cakap jer la "sebelah tempat semayang" instead of cakap "tempat semayang"..bikin pening kepala saja.. Tu la, bermacam orang bermacam ragam.

Masuk dlm muzium, entrance fees dapat discount 50% [actual rate for adult RM12.00], so cuma bayar RM6.00 je laa sbb akak yg jaga kaunter tu ingatkan ktorang student lagi..haha..selamba je tunjuk student card yg dah expired yg sememangnya ade dlm purse bila akak tu mintak. akak tu tak cek pon, dia percaya jer bila da tunjuk.. ishk3, nampak mcm student lagi ke ktorang nih? apepon, best2..dapat jimat banyak!

LG Floor-Special Gallery 1
Ktorang start jalan2 dlm muzium kat level LG-Special Gallery 1. jam kat tangan menunjukkan pukul 11.55 pagi. kat Special Gallery 1 dipamerkan potret wajah2 penganut Islam dari pelbagai negara yg dikunjungi oleh Steve McCurry dalam pengembaraannya di dunia Islam yg bertemakan "Satu Pegangan". Tersentuh hati bila tengok gambar2 mereka2 yg susah, hidup dlm kemiskinan tapi tetap teguh mempertahankan Islam sebagai cara hidup. Sungguh, dlm hati berbicara halus, "Setiap manusia punya dugaan & ujian yg tersendiri. Allah itu Maha Adil. pasti setiap mereka akan menerima ganjaran yg setimpal dgn penderitaan & kepayahan yg mereka harungi sepanjang hayat sebagai hamba-Nya yg menumpang sementara di bumi ini mengumpul bekalan untuk Hari Kemudian."


G Floor-Special Gallery 2
Kat sini dipamerkan catatan2 penting perjalanan Haji yang berjaya dikumpulkan oleh Steve McCurry sepanjang pengembaraannya. Setiap catatan punya kisah tersendiri pengalaman penulis mengerjakan ibadah Haji. Dulu2 orang pegi Haji naik kapal laut. Teringat mak pernah cakap, "Orang dulu pegi Haji macam nak pegi mati." Memang betul! Bila tengok gambar2 orang dulu menunaikan Haji, memang mencabar kesabaran & keimanan. Hanya yg benar2 sabar yg akan dapat menyempurnakan kesemua rukun.

Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki kedua ibu bapaku, kuatkan hati mereka, sihatkanlah tubuh badan mereka supaya mampu menjadi tetamu rumah-Mu di tanah yg penuh barakah itu satu hari nanti. Ya Allah, permudahkanlah semua urusan.

Keluar dari Special Gallery 2 tu, ktorang pegi kat Inverted Dome Pavilion (Pavilion Kubah Terbalik), di mana kat situ dipamerkan karya2 tulisan khat yang memenangi Manifestasi Perdana Seni Khat 2009M/1430H yg merupakan lanjutan program pertandingan seni khat kali ke empat anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), Kumpulan Utusan, Astro Oasis dan Radio IKIM. Terpegun melihat karya Mohd. Shafiq Bin Mohamad yg memenangi tempat pertama kategori Seni Lukisan Khat Tradisional Di Atas Kanvas yg menulis "Karam di laut boleh ditimba, Karam di hati bilakah sudah."

First Floor
1. Architecture Gallery - menempatkan replika masjid2 besar yg unik lagi terpilih dari seluruh dunia; Masjid Quba', Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Taj Mahal dan banyak lagi.
2. Qur'an & Manuscript Gallery - dipamerkan naskah Al-Qur'an yg ditulis tangan dari pelbagai negara, juga manuskrip2 lama yg ditulis oleh pemerintah2 Islam zaman dahulu.
3. India Gallery
4. China Gallery
5. Malay World Gallery

Second Floor
1. Arms & Armour Gallery (Galeri Senjata & Perisai)
2. Jewellery Gallery (Galeri Barang Kemas)
3. Textile Gallery (Galeri Tekstil)
4. Living with Wood Gallery (Galeri Kerja Kayu & Gaya Hidup)
5. Ceramics Gallery (Galeri Seramik)
6. Metalwork Gallery (Galeri Kerja Logam)
7. Coin & Seal Gallery (Galeri Matawang & Cap Mohor)

Tanpa disedari dah lebih 4 jam ktorang berlegar2 dlm galeri round semua floor. Kaki pon dah lenguh semacam je. Sebelum keluar, ktorang singgah kat Museum Shop, mencari2 sesuatu sebagai gift buat kenangan untuk diri sendiri kerana berjaya menjejakkan kaki ke muzium yg sungguh indah ini. Rasa puas, rasa seronok dapat tengok bende2 yg selama ni hanya dapat dilihat kat TV/majalah/buku teks sejarah/internet.

Islam sememangnya indah, Islam sememangnya kaya! Islam kaya
dgn ilmu2 duniawi & ukhrawi yg menjadi pedoman hidup di 'sini' dan di 'sana', Islam kaya dengan seni; lahir dari para cendikiawan & seniman Islam yg jernih hatinya, tajam pemikirannya serta kreatif menghasilkan idea2 yg bernas, unik lagi indah.

"Ya Allah, aku bersyukur dilahirkan dalam Islam.
Ya Allah, aku bersyukur dilahirkan sebagai keturunan Islam.
Ya Allah, aku bersyukur dididik dengan cara Islam.
Ya Allah, aku bersyukur dibesarkan di tanah Melayu Islam.
Ya Allah, aku bersyukur diberi kefahaman tentang Islam.
Ya Allah, aku bersyukur diriku kini tetap Islam.
Ya Allah, tetapkan aku dalam agama-Mu ini hingga ke akhir hayatku...
Terima Kasih Ya Allah!"






Hidayah [Hijjaz]
Tuhan...
lama aku gelintar
cari arah cahaya
menerangi gelita
Tuhan....
indahnya hidayah Mu
sinari ruang kalbu
luruh airmata ku
mensyukuri nikmat Mu
Oooh... Tuhan
pimpinlah hati ini
untuk ku menghayati oooh... petunjuk Mu
walau diuji kesabaranku
juga keimananku
tidak tercabar keyakinan ku
pada janji-janji Mu
tetap bersujud di hadapan Mu
merayu cinta Mu
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu
betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu

No comments:

Post a Comment