30.12.09

tentang "Berzanji" untuk Haj @ cik Ting =)

pertamanya, Alhamdulillah...sihat walafiat sampai ke saat entry ini ditaip.

cik Ting pekaba pula? terima kaseh kerana suka meninggalkan jejak kat blog hamba ni..hihi..
soalan pertama terjawab sudah; iaitu dlm ayat pertama di atas, okay...

menjawab soalan kedua;
kata cik Wikipedia [cik ke encik ke tak pasti la pulak] "Berzanji atau Barzanji ialah suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika majlis aqiqah, khatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul. Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia."

soalan ketiga; berzanji rawi 3 tuh ape?
camne nk explain ek, camni laa..ermm..dlm kitab berzanji, ada banyak rawi tp tak ingat la pulak ade berapa ek [ishk..ni la akibatnyer banyak makan asam, hilang ingatan sekejap~~]. rawi ni lebey kurang mcm bab/chapter dlm buku. setiap rawi ada ceritanya yg tersendiri.. kalau dlm majlis aqiqah or khatam al-Quran or sambutan Malidur Rasul kat tempat hamba nun di Tenggaroh sana, rawi yg dibaca selalunya dari rawi 1 sampai rawi 5. setiap rawi boleh dibaca mengikut lagu tarannum yg sesuai..haaa...sebut pasal tarannum ni, tahukah kamu apakah itu taranum wahai cik Ting? kalau tak tahu, tarannum ni mengikut fahaman hamba ianya adalah jenis irama lagu yg digunakan utk bacaan al-Quran & berzanji.

menurut seorang forumer yg menamakan dirinya king_diamond, "Asal usul tarannum: Tercipta kerana umat Arab pada masa silam ingin mengisi kekosongan jiwa mereka. Mereka memerhati bunyi2 persekitaran, diantaranya ialah :
- bunyi deruan angin
- bunyi geseran daun2 / pokok2 kayu
- bunyi titisan air / air yang mengalir
- bunyi nyanyian / kicauan burung
Umat Arab pada mulanya menerapkan seni tarannum melalui syair2 mereka. Akhirnya apabila turun ayat2 al-Quran, maka mereka menerapkan tarannum ketika membaca ayat2 al-Quran"

Tarannum yang biasa di Malaysia ialah:
1-Bayati
2-Sobah
3-Sikah
4-Rast
5-Nahawand
6-Jiharkah
7-Hijaz - antara tarannum / lagu al-Quran yang termasyhur…
[ada lagi 3 actually; Husaini, Kurdi, ‘Ajam - tak berapa nk pemes kat Malaysia nih]

beralih ke soalan yg keempat; mizan da bp tahun?
alamak, ntah ek, rasenyer belom sampai setahun lagi. sebab kalo tak silap dia lahir b4 puasa ari tu..hehe..tak ingat la plak the exact tarikh dia menjenguk dunia yg fana nih..tapi yg pasti, abang long cakap dia da pandai jalan..tapi tak pandai merangkak...pelik gak si mizan nih.

and last question; ade eh asam pedas ayam?
jawapannyer, musti lah adaaa...rugi la selama ni kalo asyik makan asam pedas ikan kembong jer..
asam pedas ikan pari ada, ikan selar kuning, ikan merah, ikan mata haji & banyak lagi la jenis ikan yg bersesuai dgn fitrah direndam dlm kuah asam yg dimasak secara pedas...hehe..yg pasti setakat ni belom ada lagi asam pedas ikan paus. kalau berani, cubalah! amacam??? hihi..

cik Ting jeles yer hamba dpt makan bubur asyura? kalau kepingin banget, 10 Muharram tahun depan meh la datang Tenggaroh...every year memang tak miss punya bubur ni...selalunya mmg dpt makan banyak sebab ayah antara orang penting yg masak bubur tu, so ayah bawak balik umah banyak jugak laa..kadang2 siap bagi kat jiran2 yg tak pegi masjid masa mlm Asyura tuh.

maka, demikianlah serba sedikit cerita pasal Berzanji+Tarannum+Mizan+Asam Pedas+Bubur Asyura.

2 comments:

  1. wah
    terima kaseh atas ilmu itu
    hehehe
    lagi satu ikan mata haji?
    pelik ni
    xpenah pulak dengar
    hehe

    semoga kamu cepat sembuh dan cargas seperti biasa
    amin!

    0_o

    ReplyDelete
  2. eh, tak pernah dgr eh ikan tuh?
    ikan tu lebey kurang mcm ikan merah, tp badan dia tak merah, mata dia besar..ade name laen, tp ape ntah, tak ingat. mak selalu sebut ikan mata aji...hehe~~

    hari ni selesema da okey sket, cuma batuk2 je..thanxz for the du'aa =)

    ReplyDelete