Alhamdulillah...
dah selamat attend ceramah KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu) siang tadi. memang betollah mengantuk yang amat! duduk plak betol2 bawah air-cond + automatic spray pewangi yg bau hape ntah, memang beku + tintong laa kepala nih...balik sampai umah jer pening kepala yg amat. nasib baek tak tergolek masa naik tangga nak masuk umah.
selalunya membe2 kata kalo pegi driving class naik kereta kancil or naik van kalo ramai, tapi tak sangka plak dpt naik Nissan Grand Livina hari nih! best2..! jakun kan? aahh..pedulik hape, memang tak pernah merasa naik kereta mewah ni pon sebelom2 ni..ape salahnyer nak excited sikit..hihi..
HQ Metro Driving Academy rupe2nye terletak kat Kg. Melayu Subang, dekat ngan Subang Permai. ingatkan dekat2 ngan Shah Alam ni jer. setengah jam dari S.Alam kalau lalu lebuhraya. First time sampai, kagum sekejap tengok sangat ramai orang & sangat banyak motosikal & kereta kancil kaler merah yg ada tampal pelekat 'L' & 'P'. boleh tahan besar jugaklah akademi nih. sebelum2 ni nampak driving school mcm kecik jer, tak sangka plak yg Metro Academy ni besar + luas. motor kecik, motor besar, kereta, van, bas, lori smua ada. yg lagi kagumnya, kapal terbang pon ade.. [haha..actually tu kapal terbang dr Subang Airport..]
masa register b4 masuk dewan ceramah pagi tadi, 3 kali tekan ibu jari kat thumbprint reader, tapi system tak dapat detect my thumbprint. pelik. orang laen smua skali tekan terus detect. but me? kali keempat baru boleh. tapi pastu kene buat sekali lagi. apesal ntah? masa nak balik amek CD kat ofis pon sama gak. kali ketiga baru detect. haish...apekehe nyer ntah.. apepon, hari ni mmg banyak blaja bende baru pasal driving. thanxz to Mr. Kamal yg bersemangat membebel kat depan tatkala ramai yg tido kat belakang..dia tak marah pon sape2 yg tido, yg penting stay dlm kelas sampai abes ceramah..
esok petang nak buat computer test. dah booking awal2 masa register hari tu lagi. tapi tak sure dapat tak sbb hari ni punyer computer test delay to tomorrow morning sbb system down. so, ramai la yg akan amek esok. harap2 ada peluang sbb mmg kalo boleh nak amek cepat. should be lepas 3 days ceramah KPP baru bole amek computer test, tapi bole jer kalo nak amek cepat bagi sape2 yg rasa confident boleh lulus. Am I confident enough? insyaAllah..jap lagi nak study la ni..hehe..kene yakin dgn diri sendiri! moga Allah permudahkan segala urusan hari esok...
haa..teringat satu peristiwa kat surau masa nak solat Zohor tengah hari tadi. rasa pelik + hairan tengok sorang hamba Allah ni amek wudhu'. mane dia blajar ntah, laen macam jer.. start tengok dia masa dia tadah air kat tapak tangan, then sapu kat muka. tak perasan plak dia ada berkumur2 tak. tapi takpelah, berkumur2 tu sunat. lepas dia sapu air kat muka, dia teruskan dgn alirkan air kat tangan. tapi dia start dgn tangan kiri sekali. pastu kanan sekali, pastu kiri semula, then kanan balik, then kiri lagi followed by kanan plak. aik, apesal dia start ngan tangan kiri ek? pastu boleh selang-seli plak..tak pernah tengok orang berwudhu' gaya ni. first time nih. okey, lepas abes kat part tangan tu, dia sapu air kat telinga plak. sudah...bkn kat ubun2 kepala dulu ke? ish..biar betol nih? okey, tengok jer cara dia sampai abes. lepas telinga, baru dia sapu air kat ubun2 kepala! haish..pelik nih. after that, dia start lalukan air kat kaki plak. dia start dgn kaki kiri! sekali lagi berselang-seli dgn kaki kanan sama mcm yg dia buat masa sapu air kat tangan. bila tengok betol2, air yg dia lalukan kat kaki tu tak sampai kat buku lali pon. air tu cuma lalu kat jari2 kaki dia and kat atas tumit sikit jer. ya Allah...terkedu sekejap.
Dalam kitab Mutlaal Badrin, bab fardhu wudu' dan sunatnya:
*Fardhu wudhu' ada 6 perkara
1. Niat tatkala awal membasuh muka
2. Membasuh muka - had panjangnya dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu dan lebarnya dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga yang kiri
3. Membasuh dua tangan serta dua siku dan jika tiada dua siku hendaklah dianggarkan kadar siku tersebut dan wajib membasuh bulu-bulu di tangan [jika lebat sekalipun], daging yang tumbuh di tangan, serta jari-jari yang lebih dan segala kuku dan wajib menghilangkan kesan-kesan yang boleh menghalang air sampai ke kulit (tetapi tidak wajib menghilangkan keruping kudis walaupun mudah dihilangkan sekalipun)
4. Menyapu sebahagian daripada kulit kepala atau menyapu setengah rambut kepala
5. Membasuh kedua kaki - sehingga atas sedikit dari buku lali
6. Tertib - follow the sequence.
*Sunat wudhu' - amat banyak, dan setengah daripadanya:
1. Mengucap Bismillah pada awal wudhu' iaitu membasuh dua tangan dan menyebut ta'awuz (A'uzubillah)
2. Membasuh dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dahulu sebelum berkumur-kumur
3. Memasukkan air pada mulut dan meludahkannya kembali
4. Memasukkan air ke dalam hidung dan dikeluarkan semula
5. Menyapu seluruh kepala atau satu suku dari kepala
6. Menyapu kedua-dua telinga - sempurna kaifiatnya dengan memasukkan dua jari telunjuk ke dalam lubang telinga dan diedarkan kedua jari tersebut ke lipatan telinga dan dilakukan dengan dua ibu jari diletakkan di belakang dua telinga dan dibasuhkan kedua-duanya tiga kali
7. Menyelati janggut bagi lelaki dengan anak jari tangan kanan
8. Menyelati semua anak jari dua tangan dan dua kaki - menyelati anak jari kaki menggunakan jari kelingking tangan kiri dimulakan dengan kelingking kaki kanan dan disudahi dengan kelingking kaki kiri
+ Makruh hukumnya mendahulukan anggota yang kiri sebelum yang kanan melainkan jika kedua-dua anggota dibasuh secara serentak, namun hakikatnya tidak mudah membasuh dua anggota secara serentak kecuali bagi kedua pipi, kedua tapak tangan dan kedua telinga
+ Sunat membasuh setiap anggota sebanyak tiga kali dan jika wudhu' dilakukan pada air yang tenang (menggunakan air kolah), hendaklah digerakkan air tersebut tiga kali gerak dan makruh jika dilebihkan dari tiga kali dan dikurangakan dari tiga kali
+ Disunatkan membasuh anggota tiga kali secara berturut-turut bagi wudhu' yang bukan darurat
"Hidup ini mencari mati mati yang sempurna."

No comments:
Post a Comment