Bersedia untuk berdepan dengan yang terburuk. Kita memang patut mengunjur yang terbaik tetapi bersedialah untuk menerima yang terburuk.
Apabila anda terlalu mengharapkan kebaikan, anda akan terkejut dengan keburukan. Apabila anda terlalu yakin anda akan patah semangat melihat kegagalan. Kita boleh mengunjurkan cemerlang hebat tetapi kita juga perlu bersedia untuk mendepani yang terburuk.
Anda yakin dengan seseorang. Semestinya anda yakin sebab dia baik dengan anda. Kata-katanya lembut, melambangkan hatinya yang bersih. Anda terpesona dengan peribadinya. Bagi anda, dia seorang ‘dewa’ yang tidak mungkin bermasalah.
Maka satu hari anda menyerahkan satu tugas kepadanya. Anda kata, “Buatlah, aku tahu jadinya saja.” Kepercayaan anda terhadapnya padu.
Tiba masanya anda dapati apa yang dijangka meleset sama sekali. Hasil kerja seseorang yang anda sangat percaya rupanya tidak semana. Anda amat kecewa. Mengapa? Sebab anda meletakkan harapan yang terlampau tinggi. Unjuran anda terhadap dirinya menggunung dan anda tidak bersedia untuk menerima yang buruk. Tiba-tiba ia menjadi buruk dan anda menganggapnya teramat buruk. Anda kecewa sungguh.
Katalah seseorang mengaku pandai menjahit dan sedia menjahit pakaian anda. Kebetulan anda memang sedang mencari-cari seorang tukang jahit yang bagus. Selama ini ada-ada saja yang tidak kena hasil kerjatangan tukang-tukang jahit yang pernah berurusan dengan anda. Anda yakin sungguh dengan keupayaan si tukang jahit baru ini, lantaran terpesona dengan kata-katanya.
“Alaaa, ini senang saja. Setakat potong coat saya dah biasa buat.”
Kata-kata seperti itu membuatkan anda semakin yakin, lalu anda tidak meletakkan sebarang keburukan. Yang terbayang hanya sepasang coat yang cantik, kemas dan sempurna buatannya.
Oleh terlalu yakin dan percaya, anda menyerahkan bulat-bulat kepada dia untuk mencari kain mengikut cita rasa warna yang anda idam-idamkan.
Sampai masanya anda pun pergilah mengambil coat berkenaan daripada dia. Gembira sungguh hati anda. Akhirnya dapat juga sepasang coat. Selama ini anda terpaksa memakaian coat yang berlainan warna; seluar berwarna lain dan baju berwarna lain kerana anda membelinya di kedai, bukan ditempah.
Kepercayaan dan keyakinan anda terhadapnya padu. Lalu anda ambil, buat bayaran dan terus pulang. Sampai di rumah anda terkejut mendapati coat itu tidak sama warnanya; seluar berwarna lain dan baju berwarna lain, walaupun hampir sama dan serupa. Itu bukan alasan bagi anda untuk menerima. Apabila sesuatu itu bernama ‘tempahan’, tentulah sempurna segala segi. Di situ anda menafsir makna perkataan ‘tempahan’.
Anda rasa amat kecewa. Anda rasa macam ditipu, dipermain, diperbodoh serta diperalat. Jika anda bertindak balas anda akan bertindak luar jangkaan – mungkin anda menghantar SMS yang pedas, atau mungkin mendepaninya secara kasar atau menyebarkan cerita dari mulut ke mulut sehingga anda rasa puas.
Persoalannya mengapa anda bertindak begitu? Sebabnya anda terlalu percaya dan sekarang terlalu kecewa.
Kita perlu mengunjurkan sesuatu yang berbeza kalau-kalau ujuran kita yang pertama tidak menjadi sebagaimana yang kita harapkan. Dalam soal ini kita perlu ada dua pelan. Memang kita disyaratkan yakin dengan pelan A, tetapi kita juga perlu bersedia dengan pelan B, kalau-kalau pelan A tidak seperti yang kita jangkakan. Kita mungkin boleh bekerja keras untuk memastikan pelan A berjaya, tetapi usah lupa, soal jaya-tidaknya turut ada campur tangan pihak-pihak lain yang tidak secemerlang anda.
Seperti mana impian anda untuk memakai coat satu suit dengan warna yang anda idam-idamkan, sehingga ia menjadi realiti bukan kuasa anda yang menentukannya. Ia berada di tangan tukang jahit. Apa yang anda gambarkan mungkin tidak sama seperti apa yang digambarkan oleh si tukang jahit. Bagi dia, setakat berlainan warna dan kain, itu biasa tetapi bagi anda itu luar biasa.
Maka itulah, kita perlu bersedia dengan ujuran yang sebalik daripada apa yang kita tetapkan. Supaya dengan itu kita tidak terlalu kecewa dan marah.
Seorang ayah mungkin terlalu mengharapkan anaknya mendapat 8A dalam PMR. Harapan ini menggunung sekali. Dia menyediakan prasarana secukup-cukupnya bagi si anak merealitikan impian ini. Dia sanggup berkorban apa saja – menghantar pergi dan balik kelas-kelas tuisyen, sanggup bersama-sama anak membuat kerja sekolah, tidak pergi bercuti kerana patuh dengan kelas-kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah dan sebagainya.
Bagaimana jika keputusannya nanti tidak 8A? Kecewa, marah, geram, sakit hati, rasa membazir duit, masa, tenaga dan sebagainya akan menguasai hati. Bukan tidak boleh kita mengunjurkan yang terbaik, tetapi apabila sesuatu itu berada di pihak lain, kita perlu juga bersedia dengan sesuatu yang kurang baik daripada itu. Agar, jika ia benar-benar terjadi hati kita boleh bersedia untuk menerimanya.
Terlalu yakin kadang-kadang akan menjadikan tindakan-tindakan kita kurang sempurna. Terlalu yakin tidak akan kecundang selalunya berakhir dengan kecundang. Terlalu yakin boleh ‘smash’ dalam permainan badminton, kadang-kadang bulu tangkis terkeluar gelanggang, terlalu yakin pandai selalunya berakhir dengan kejahilan.
Ada banyak elemen menentukan kejayaan dan hampir kesemua elemen itu berada di tangan orang. Biarpun keyakinan diperlukan untuk membina kekuatan dalaman, ia perlu dilapik dengan sesuatu di bawah kawalan (below expectation).
Orang bijak adalah orang yang memiliki satu unjuran tetapi beberapa perancangan. Tatkala dia berbuat ini, sebahagian daripada masanya tertumpu juga untuk hal-hal lain. Tatkala yang ini mencapai kejayaan, yang lain-lain turut menyumbang.
Seorang itu belumlah dikira hebat jika dia cemerlang di alam persekolahan tetapi kecundang dalam alam persatuan. Begitu juga seseorang itu belumlah hebat jika dia cemerlang di tempat kerja tetapi rumahtangganya porak peranda. Terlalu banyak benda perlu dilakukan serentak dalam hidup dan kesemuanya menuntut kecemerlangan. Maka orang yang paling cemerlang adalah orang yang cemerlang dalam semua bidang yang dilalui dan diceburinya.
(Sumber : Majalah Dewan Kosmik – Psikologi Sains Siri: 32)
Good is never good enough when better is expected.

No comments:
Post a Comment