25.9.09

Baru tahu kenapa...

[bersumberkan dari soal-jawab di iluvislam.com]

Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya
meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi: Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.

Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jenis makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya.

Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67. "Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mendengar."

Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga.

Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang diri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda: "Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selama-lamanya."

Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1%, bilangan jin 9% manakala malaikat ialah 90%. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi: "Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian.Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia."

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment