Kita semua harus insaf bahawa pergantungan sebenar dalam kehidupan ini hanyalah kepada Allah SWT. Maka, jangan kita menjadi hina jiwa di hadapan orang lain hanya kerana melihat kuasa dan harta yang berada di tangan mereka, lalu kita sangka mereka memiliki segala-galanya. Jikapun kita kurang harta dan kuasa, janganlah kita miskin jiwa.
Apa yang ingin kita buru daripada kehidupan ini adalah ketenangan jiwa dan kebahagiaan perasaan. Bukan sekadar keseronokan atau kegembiraan yang berakhir dengan tamatnya sesuatu pesta atau sorakan semata. Jika kebahagiaan dan ketenangan yang kita pilih, maka yang dapat memberinya hanyalah Allah SWT. Memiliki harta dan kuasa belum tentu dapat mencapainya. Maka jangan kita mengemis kepada penguasa atau si kaya dalam mencari ketenangan hidup. Merintihlah kepada Allah SWT, hanya Dia yang dapat menganugerahkan kita semua itu...

"Dunia hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi. Kerana itu, jangan rosakkan jambatan itu dengan keperluan yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak." - Wasiat Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment